Pertama-tamanya saya nak mohon maaf sebab entry kali ini tentang `lobster' atau bahasa Melayunya, `udang kara'. Mohon maaf saya ni kerana saya tahu memang susah nak dapatkan lobster di Semenanjung tanah air. Dan saya percaya juga, harga lobster bukannya murah macam harga udang-udang lain.
3 ekor saiz kecil |
Walau bagaimanapun, saya mahu berkongsi resepi memasak lobster dengan anda semua. Bukan hendak menunjuk-nunjuk, tetapi resepi ini boleh dijadikan panduan sekiranya anda terjumpa dan terbeli lobster. Seperti juga saya yang tetiba terjumpa lobster sewaktu berada di Kota Kinabalu. Tidaklah saya merancang untuk membeli udang kara ini, sebaliknya tetiba saya rasa teruja untuk merasa kekenyalan udang kara ini setelah sekian lama tidak merasanya. Maka, setelah menimbang-nimbang duit yang tidak banyak bakinya dalam dompet ini, saya pun membeli pek saiz kecil yang ada 3 ekor udang kara di dalamnya. Hendak beli yang saiz besar, berat pula rasa hati dan ringan pula rasa dompet kerana harganya yang lebih mahal daripada pek yang kecil ini.
Sudah dibersih dan dipotong |
Apabila projek memasak lobster hendak dimulakan, Hasyalah yang paling teruja. Mana taknya, inilah udang yang paling besar yang pernah dilihat olehnya. Dia cakap, `Wah, udang!' dengan nada yang excited. FYI juga, tugas-tugas pembersihan dan pemotongan kulit lobster ini dilaksanakan dengan jayanya oleh Mr. Hubby. Kurang sedikit beban tugas saya.
Tema hari ini adalah `Pertemuan antara Timur dan Barat'. Ini kerana saya masak 2 jenis masakan. Untuk 2 ekor lobster, saya masak Butter Garlic. Manakala seekor lagi, saya masak Sambal. Kedua-duanya memang sedap. Mr. Hubby suka yang masak sambal, Hasya pula suka yang Butter Garlic. Saya, mana-mana pun boleh sebab dua-dua pun awesome. Actually, masak apapun memang sedap sebab lobster tu sendiri dah memang sedap.
Bahan-bahan untuk Butter Garlic
2 ekor lobster saiz kecil (Potong di bahagian tengah ekornya hingga ke kepala)
1 1/2 sb mentega (cairkan)
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parsley flakes
secubit garam
2sk olive oil
sedikit keju Parmesan
Cara-cara
Susunkan lobster pada loyang pembakar. Sapukan bawang putih dan mentega tadi pada serata isi lobster yang kelihatan.
Panaskan oven 200 darjah dan bakar lobster selama 12-15 minit. Sebelum keluarkan lobster, tabur sedikit keju Parmesan dan biarkan selama seminit dalam oven.
Bahan-bahan untuk Lobster Masak Sambal
seekor lobster (saiz kecil) - jangan belah dulu kulit ekornya, belah setelah direbus)
10 tangkai cili kering (potong, rendam, cuci dan tos)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebatang serai
1/2 sk asam jawa paste
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Kisar cili, bawang merah, bawang putih dan serai. Panaskan 2sb minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan kering sedikit.
Masukkan asam jawa. Kacau lagi dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Panaskan air dalam periuk besar yang boleh memuatkan lobster. Setelah air mendidih, masukkan lobster tersebut. Masukkan 1sk garam.
Masak selama 12-15 minit.
Toskan lobster, belah tengah ekornya dan potong kepalanya supaya senang dimakan isi dan susun dalam pinggan. Sendukkan sambal tadi atas pinggan yang sama.
Dah siap pun dua jenis masakan lobster. Inilah Pertemuan Timur dan Barat.
Ada 2 Pilihan |
Butter Garlic yang sedap |
8 comments:
Thanks for sharing! Takde lobster pakai udang biasa pon boleh kot kan.. :)
sama2.. boleh je... asalkan sedap dimakan.. :)
Boleh tolong tunjukkan cara nak cuci lobster..nak buang kotoran di kepala
salam zahrah.. cuba tengok link ni:
http://www.youtube.com/watch?v=qhpVHK8t_mg
salam kenalan
tgh cari resepi di sini
Salam kenal juga Nazifa...
Thanks for sharing this. Hubby baru beli lobster 2 ekor tadi. Pernah makan kat kedai but tak pernah pula masak sendiri. Nak try butter garlic lah....thanks....
sama2 shahrina.
Post a Comment