Wednesday, May 2, 2012

Ikan Pekasam di Sungai Petani

Jam Besar Sungai Petani

Apa istimewanya kalau pergi ke Sungai Petani atau daerah-daerah yang lain di Utara Tanah air? Jawapan bagi soalan ini sebenarnya ada `banyak' jawapan dan ini bergantung kepada kegemaran dan kesukaan seseorang. Maka, kalau anda seorang peminat kepada `ikan pekasam', sudah tentulah PEKASAM ini merupakan jawapan yang paling tepat.

Sebagai seorang buruh di tanah air tercinta ini, saya mengambil kesempatan untuk pulang ke Sungai Petani pada cuti umum Hari Pekerja 1 Mei 2012. Saya merancang untuk ke Pasar Tani di Bandar Sungai Petani untuk membeli beberapa bahan masakan yang kualitinya tiada taranya jika dibandingkan dengan produk yang sama di Kuala Lumpur.

Ikan Pekasam
Seterusnya, antara pancingan yang menarik hati tentunya ikan pekasam. Ada pelbagai jenis ikan seperti ikan sepat dan ikan puyu. harganya pun sangat berpatutan. FYI, menurut wikipedia ikan pekasam  ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng.
Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah. Selain daripada ikan pekasam, saya turut membeli asam jawa dan ikan bilis. Asam jawa di Pasar Tani ni memang terbaik kerana padat dan cukup masam.





Akhir sekali, pancingan saya terkena beberapa ekor udang saiz besar. Harganya, sangatlah jauh lebih murah berbanding dengan harga udang di ibu kota.



Hasya excited pergi pasar

Bak kata pepatah Melayu, "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan." Maka, dah beli macam-macam ni jadi kenalah masak sedap-sedap... Tada! Hasilnya adalah Sambal Tumis Udang dengan Petai dan ikan pekasam goreng garing. Sangatlah awesome hidangan lunch hari ni.

Sambal Tumis Udang dengan Petai
 
 
Ikan Pekasam Goreng Garing




FYI, bukan saya masak, My Mom yang masak, so credit goes to My Mom lah ye... hehehehe....

No comments: