Sunday, April 29, 2012

Step by Step... Paprik Ayam



Suka makan Nasi paprik? Saya memang suka sangat. Tapi kalau makan kat gerai atau restoran, susah betul nak cari lauk paprik yang ayamnya menggunakan bahagian yang bertulang. Selalunya mesti yang bahagian isi. Dah la tu, sikit pulak tu ayamnya.

Oleh kerana saya ni selalu berasa tak puas hati. Maka, kenalah masak sendiri. Kalau masak Paprik Ayam sendiri, bolehlah saya taruk apa sahaja yang saya suka. Yang paling penting, saya juga boleh tak taruk apa yang saya tak suka.

Selalu juga saya masak paprik. Mr. Hubby kata sedap, jadi memang sedaplah agaknya kan hehehehe...

Bahan-bahan

setengah ekor ayam yang dipotong kecil atau saiz kesukaan anda (gaul dengan sedikit garam dan kunyit)
sebiji bawah besar (dipotong nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 batang serai (dititik)
4 biji cili padi (dipotong 2 atau 3)
4 helai daun limau purut (dihiris nipis)
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 batang cili kering (rendam, buang biji dan kisar)
1 batang cili merah (kisar)

2sb kicap manis
1sb sos tiram
1sb sos cili
1sk sos tomato
garam dan gula secukup rasa

Sayur-sayuran yang anda suka seperti:
Kacang panjang/buncis
Jagung muda
Kubis bunga
Lobak Merah

Nota: Saya letak jagung muda dan kubis bunga sahaja. Sebab itu yang ada dalam stok.


 
Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing, jika tidak anda akan makan ayam yang keras. Toskan ayam. Ketepikan.   

            

Panaskan 3sb minyak (guna minyak ayam tadipun ok). Tumis bahan-bahan bawang besar dan halia sehingga layu dan naik bau.



Masukkan pula bahan-bahan kisar.


Masukkan serai, sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Gaul seketika. Masukkan 1/4 cawan air.



Masukkan ayam dan sayur-sayuran. Kacau sebati. Kalau perlu tambah air, sila tambah air.


Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut dan kacau 5 minit lagi sebelum tutup api.



Hidang panas-panas dengan nasi putih.




Sungguh puas hati makan Nasi Paprik Ayam hasil air tangan sendiri!

No comments: