Monday, April 9, 2012

Step by Step... Sotong Percik Ramadhan



Berdasarkan nama resepi ni, saya sepatutnya masak `Sotong Percik Ramadhan' nih pada bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, memandangkan saya dah tak sabar-sabar nak menunggu bulan Ramadhan yang lama lagi nak berkunjung tiba, maka haruslah saya buat juga masakan ini dalam bulan Jamadil Awal.

Apa-apapun saya percaya bahawa sotong ini sama sahaja rasanya, tak kiralah sama ada saya masak pada bulan Ramadhan ke, Rejab ke, Rabiulakhir ke.... Mungkin juga, kalau dimasak dalam bulan puasa, rasanya akan double-triple lazat kerana perut yang berkeroncong sepanjang hari.

Idea nak masak sotong ni setelah ditagged oleh Puan Nora Ali yang duduk jauh nun di pekan Fayette. Tahap wajib cuba lah nampaknya. Mana taknya, sedangkan pekan Fayette yang jauh dari laut pun boleh je dapat sotong, inikan pula Semenanjung Malaysia yang memang senang nak cari stok seafood (akhir-akhir ni saya asyik salah eja `seafood' sebab terpengaruh dengan cerita kartun `seefood').


Maka, apabila orang ngantuk ini disorongkan bantal iaitu sotong bersaiz besar di Pasar Malam, main masak-masak pun bermulalah di hujung minggu yang permai ini. FYI, resepi asal datangnya dari Rossitamz di My Resepi. Saya adjust bahan-bahannya sedikit, memandangkan ramai yang komen, `pedas sangat'.

Bahan-bahan (saya buat untuk 3-4 orang makan)

4 ekor sotong bersaiz besar
5 biji cili kering (**) - rendam, buang biji, tos
2 biji cili padi (**)
2 biji cili merah (**) -buang biji
1 labu bawang besar (**)
1" halia (**)
1" lengkuas (**)
1 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus
2 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1/2 sudu besar air asam
Garam dan gula secukupnya


Cara-cara        

Bersihkan sotong dan potong sotong seperti dalam gambar.          

      

Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan. 



Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. 



Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih. 


Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. 


Minum air laici..

Sotong Percik Ramadhan sudah siap.



No comments: