Wednesday, April 4, 2012

Step by Step.. Basic Butter Cake (topping dgn Choc)

Saya sebenarnya dah lama mencari Butter Cake atau Kek Mentega yang sedap. Apabila saya berjalan-jalan di dapur My Resepi, terjumpa pula dengan resepi Kek Mentega Elite dari Akma 4th. Kebetulan pula, dah ramai yang mencuba resepi dari Akma 4th ini.

Then, melihat kepada resepi Akma 4th ini, tidaklah guna bahan yang banyak. Saya dah kehabisan stok cream cheese, jadi kena lupakan seketika niat untuk buat cheesecake. Resepi Kek Mentega Elite ni cuma pakai bahan-bahan asas je. Kalau ada bahan-bahan yang tak asas pun, cuma susu tepung je la.



FYI, worth it la mencuba wat kek ni. Simple sungguh. Tak sampai 1/2 jam loyang dah ada dalam oven. Dah la kek nya gebu. Bak kata Akma 4th, ramai tertipu sebab rupanya macam Cottonsoft Japanese Cake.

Kek ni juga berbau amat wangi ketika dalam oven. Tak sampai 10 minit dibakar, bau keharuman mentega telah menyucuk ke hidung saya. Wah3x, seperti tidak sabar rasanya untuk merasa butter cake ini.

Bahan-bahan  

Bahan-bahan A
250g self raising flour (saya guna 250gm tepung gandum + 1sk baking powder = ayak bersama)       
40g susu tepung             
200g mentega             

Bahan B:             
5 biji telur             
200g gula kastor (160g gula pasir)             
1 sk esen vanila


Cara-cara 

Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu.  Saya pukul tak gebu pun sebab mentega saya tak berada pada suhu bilik.   

      
Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja,  tak perlu pukul sampai kembang.   

            
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sehingga gebu.



Pastikan adunan diisi separuh loyang. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C (saya kurangkan kepada 170 darjah - dan sila guna loyang besar sedikit iaitu 9 atau 10 inci, kek saya retak sebab bebanan adunan).



Oleh kerana permukaan kek saya retak dan merekah, saya potong bagi rata.

Kalau kek merekah, potong je la atas dia


Sebenarnya kek ni sedap je dimakan begitu sahaja. Tapi saya terajin sikit, jadi buat topping choc untuk kek ni. Saya cuma cairkan choc, sedikit butter dan sedikit susu segar dalam periuk kecil. Gaul sebati. Pastu saya tuang je la atas kek.





Cantikkan kek ni. Sila tambah nilai dengan meletak cokelat atas kek ni, seperti yang saya buat. Inilah yang dinamakan transformasi. Cuma daripada sebiji Butter cake biasa.

No comments: