Sunday, April 1, 2012

Step by Step... Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap



Sebenarnya, tajuk `Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap' ni memang tajuk catchy. Kerana ke`catchy'an nya, mesti ramai yang baca akan terasa kecur tiba-tiba. Terutamanya, bagi sesapa yang memang suka makan tempe.

Tempe adalah sejenis makanan yang diproses dari kacang soya. Asal-usul tempe adalah dari Indonesia. Tempe dah jadi popular bangat di Malaysia kerana dipopularkan oleh orang Malaysia yang berketurunan Jawa. Lagipun, kita kan serumpun, apalah yang nak dihairankan.

Kepopularan tempe menyebabkan anda senang untuk mendapatkan produk ini tidak kira di pasaraya, kedai runcit atau pasar malam. Masa saya sekolah dulu, ada member sekelas yang jual tempe kat sekolah. Almaklum, saya ni sekolah kat Johor. Ramai geng2 yang mak bapak dorang memang terer wat tempe, orang Jawa la katakan.



Hari ni saya takdela nak ajar cara-cara buat tempe. Tapi saya nak berkongsi cara-cara buat tempe goreng yang awesome. Amatlah sesuai dijadikan snek. Penyediaannya juga mudah dengan bahan yang tak banyak. Resepi bukanlah ciptaan saya sendiri, memandangkan saya ni takde gen Jawa. Saya copypes dari dapur Hana6877 di MyResepi.

Bahan-bahan

5 keping tempe (saya guna 2 keping tempe seperti gambar di bawah)


1 cawan tepung gandum
1 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
serbuk kunyit
sedikit garam dan air


Bahan untuk Sambal Kicap

Segenggam cili padi (saya pakai 8 batang saiz sederhana)
2 ulas bawang putih
gula
kicap manis


Cara-cara

Potong serong tempe nipis-nipis supaya rangup.



Tumbuk bawang putih dan ketumbar.


         
Campurkan tepung dengan bahan tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam sikit. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nak goreng pisang (tapi saya tak buat cair sangat sebab saya suka tepung tu tebal sikit).




Panaskan minyak. Dah panas minyak boleh la goreng hingga kekuningan.  




Angkat dan toskan.             

Utk sambal kicap - Tumbuk cili,bawang putih dan gula. 



Masukkan dalam mangkuk dan letak kicap. Gaul sebati.



Dah siap. Boleh cicah dengan tempe goreng. Sesuai dijadikan snek atau dimakan dengan nasi. Apa pun boleh.

            

No comments: