Hari ni saya bakar ayam lagi. Dan kali ni saya cuba resepi lain pula. Saya buat Ayam Bakar Mayonis. Resepi pilihan ini datangnya dari vdia di MyResepi. Saya pilih resepi ini kerana penyediaan dan bahan-bahannya agak mudah. Biasalah, hari-hari berkerja ni, manalah larat nak masak yang rumit-rumit.
Alhamdulillah, sejak semakin rajin ke dapur ni saya rasa semakin gembira. Selain daripada dapat makan pelbagai resepi baru, kegembiraan saya juga kerana dapat memasak sendiri pelbagai resepi baru. Seterusnya, saya terus bergembira apabila isi rumah saya juga dapat makan dengan riang gembira.
Daripada tidak pernah memanggang atau membakar ayam, sekarang ni saya dah ada banyak pilihan untuk menyediakan ayam bakar. Boleh masak One-Pan Chicken, Grilled chicken ala Nandos dan banyak lagi. Mari kita tengok resepi vdia ini.
Bahan-bahan
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2cm halia-tumbuk
Cara-cara
Perap semua bahan-bahan. Biarkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam, lagi lama, lagi sedap.
Selepas diperap, keluarkan dari peti sejuk. Sediakan loyang untuk membakar. Boleh lapik loyang dengan aluminium foil. Susun ayam atas loyang.
Bakar ayam pada suhu 200 darjah selama 30 minit atau sehingga masak. Kalau nak hasil yang cantik, terbalikkan ayam selepas 12 minit dibakar.
Sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.
2 comments:
mesti sedap kn? mekasih kak shared
sedap. tambah satu lagi alternatif utk bakar ayam :) sama2.
Post a Comment