Saturday, March 17, 2012

Step by Step... Grilled Chicken ala Nandos




Saya memang suka sangat dengan Ayam Nandos dan Perisa Peri Peri nya! Saya juga tahu, ramai orang suka Ayam Nandos. Tapi tak boleh nak makan tiap-tiap hari, takut purse kopak sebelum hujung bulan.

Maka, apabila saya terjumpa sos Peri Peri Nandos di Pasaraya, saya tidak teragak-agak untuk membeli sos ini. Semestinya, saya nak cuba menggrilled ayam, ala Nandos.



FYI, anda boleh dapatkan beberapa perisa sos Peri Peri Nandos ini di beberapa Pasaraya besar seperti Carrefour, Giant dan Cold Storage. Untuk resepi ini, saya guna Sos Peri Peri Medium Hot Garlic. Simple je resepi ni. Preparation timenya sekejap je dan rasanya memang hebat. Ala Nandos lah katakan :)


Bahan-bahan

5 kepak ayam atau 1/2 ekor ayam saiz besar
1/4 cawan olive oil
1/4 cawan Sos Peri Peri Nandos
1 ulas bawang putih (tumbuk atau kisar kering)
1cm halia (tumbuk atau kisar kering)
1sk serbuk cili
1sk garam


Cara-cara

Senang je, gaul je semua bahan dalam bekas. Pastikan semua bahan sebati dengan ayam. Perap selama 3 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sebati perapannya. Rasa peri-peri akan sampai ke tulang ayam.



Sediakan loyang yang telah dilapik dengan aluminium foil. Gris sedikit aluminium foil dengan olive oil. Susun ayam atas loyang.



Panaskan oven suhu 200 darjah celcius. Bakar ayam sehingga masak. Untuk pembakaran ayam yang cantik dan berkesan, terbalikkan ayam kira-kira 12 minit. Tujuannya adalah supaya pembakaran lebih sekata. tempoh pembakaran, lebih kurang 25 - 30 minit. Jangan sampai ayam anda hangus okey.


Wah3x sudah masak


Hasilnya sungguh menawan, juicy dan sedapppp sangat. Meskipun takdelah sama 100% dengan ayam kat Nandos tu, tapi 70% - 80% tu bolehlah nak dikatakan sama. Mana taknya kan, dah pakai Sos Peri Peri Nandos, takkan bila siap rasa cam Ayam McD pulak kan. Kan? hehehehe...



Selamat mencuba dan jangan takut mencuba. Jangan biarkan hidup anda bosan dengan masakan yang sama.. kari, kari, kari.. Asam pedas, sambal tumis, masak lemak... Hurrmmmm... sesekali kita masak Ayam Nandoslah pulak... ;)



2 comments:

mama irfan said...

sedapnya....

weezana said...

Memang sedap. Cubalah ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...