Thursday, March 8, 2012

Step by Step.. Chocolate Bottom Banana Square

Dah banyak kali saya buat kek ni. Mungkin dah 6 atau 7 kali. Sebabnya, buat kek ni taklah rumit sangat dan kek ni tak guna bahan-bahan yang complicated. Guna telur pun sebiji je. Kek ni pun agak tahan lamalah. Tapi sebenarnya saya pun tak tau berapa lama boleh bertahan kalau simpan dalam peti sejuk. Sebabnya, biasanya saya biar je pada suhu bilik dan kek ini akan habis dalam masa 3 hari.



Sebenarnya, kalau kek ni dibuat oleh Kak Limah di rumahnya di Kampung Pisang, nama kek ni akan menjadi `Kek Coklat Pisang'. Walau bagaimanapun, disebabkan resepi kek ni dihasilkan oleh Rima Singapore, maka nama kek ni jadi Western iaitu `Chocolate Bottom Banana Square'.  

Sekiranya kalau kek ni dibuat oleh Makcik Ivanova di Moscow, maka kek ini akan berubah nama menjadi `Шоколад бананов снизу кв'. Harap maklum ;)

Kesimpulannya kek ini adalah sebiji kek pisang yang sangat dimeriahkan dengan rasa coklat dan diriang-riakan dengan rasa kismis dan badam cincang. kalau tak sedap, takkanlah saya buat banyak kalikan.



Ada my colleagues yang nak order, tapi saya tak tanya pun pada dia `berapa yang dia sanggup bayar' kerana awal-awal lagi saya dah cakap, `saya memang tak sanggup nak buat'. Almaklum, saya ni buat kek time hati saya berbunga-bunga je hehehehe....

Oleh yang demikian, mari belajar buat kek ni secara step by step.. kalau saya boleh, anda 10 kali lagi boleh. Saya ni pun amatur juga, baru-baru belajar...

Bahan-bahan

1/2 cawan mentega (113gm)
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan pisang yang dilenyek (lebih kurang 3 biji pisang saiz sederhana)


1 1/2 tepung gandum
1sk baking powder
1sk baking soda
1/2sk garam
1/4 cawan serbuk koko (saya letak 2 sudu makan)

Chocolate chips, kismis dan badam cincang secukupnya untuk ditabur pada permukaan kek


Cara-cara

Putar mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur, esen dan pisang dan putar lagi hingga sebati.






Dalam mangkuk berasingan ayak bersama tepung, baking soda, baking powder dan garam. Masukkan bahan-bahan yang diayak ke dalam adunan mentega tadi sedikit demi sedikit. Putar sehingga adunan sebati.




Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Salah satu bahagian masukkan serbuk koko dan gaul sebati.



Lenserkan loyang dengan sedikit mentega. Saya guna loyang segiempat 9 x 9 inci. Masukkan adunan berselang-seli. Senget-sengetkan sedikit loyang supaya adunan rata di sekitar loyang.





Tabur choc chips, kismis dan badam cincang atas adunan di serata permukaan adunan.



Panaskan oven 170 darjah. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.



Wanginya bau rumah. Bau pisang coklat..... Sila potong mengikut saiz kesukaan anda.






No comments: