Terlebih dahulu saya nak beritahu yang saya nak kongsi resepi masak pulut je. Memang simple giler caranya. Tapi cara nak wat serunding tu tak dapatlah saya nak kongsi. Sebabnya serunding tu saya beli masa pergi ke Program Komuniti 1Malaysia di Muar hari tu.
Serunding ikan keluaran Haza Warisan Food ni memang sedap. Kalau saya jumpa lagi serunding ni, pasti saya akan beli. Serunding ni bukan sahaja sedap dimakan dengan pulut, makan dengan roti pun sedap tau.
Oleh kerana saya nak menghabiskan beras pulut yang masih berbaki 3 cawan dalam kabinet dapur rumah, maka saya pun memulakan projek memasak pulut menggunakan periuk nasi. Kepada anda yang rajin menggunakan periuk kukus, silalah guna periuk kukus. Ini kerana, hasil kukusan pulut adalah terbaik dan lebih baik sekiranya dibandingkan dengan hasil menanak pulut di dalam periuk.
Oleh kerana saya super malas dan suka sesuatu yang simple, maka saya enggan mengeluarkan periuk kukus saya, sebaliknya memasak pulut ini secara bertanak menggunakan rice cooker.
Bahan-bahan
3 cawan beras pulut
1/2 sk garam
200ml santan instant
air secukupnya seperti nak memasak nasi
Cara-cara
Setelah 3 jam, bilas sekali lagi beras pulut. Sediakan air secukupnya seperti nak memasak nasi. Walau bagaimanapun, kurangkan sedikit air kerana kita nak masukkan 200ml santan. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati dengan sudu atau senduk.
Setelah pulut masak. Gaul biar sebati. Sekiranya santan tidak sebati, selepas gaul biarkan kira-kira 15 minit dalam periuk nasi. Biarkan sahaja periuk nasi tu keep warm. Sekiranya pulut anda agak lembap, anda boleh tekan function cook lagi. Apabila ditambah masa menanak, pulut anda akan kering dan masak dengan sempurna.
Pulut dah masak, tapi santannya macam belum kering dan tak sebati |
Biarkan dan masak lagi, dan hasilnya jadi sebati. |
Bentuk-bentukkan pulut mengikut saiz, bentuk atau acuan yang anda suka. Jika takde idea, anda boleh buat bentuk bulat-bulat.
Sudukan serunding ikan ke atas pulut. Tekan sedikit pulut. Jika suka, anda juga boleh golek-golekkan bebola pulut pada serunding. Tapi saya tak suka, jadi saya letak atas pulut jelah.
Dah siap untuk breakfast dan juga untuk bawa kat opis. Pulut saya ni biasa-biasa jelah rasanya. Tapi serunding ikan ni memang power :)
No comments:
Post a Comment