Kalau sebut tentang mixer, macam-macam pula maknanya mixer ni. Let's focus on mixer yang kitchen appliance tu. Bahawasanya, zaman sekarang ni kita amat bertuah atas kewujudan mixer. Tambahan pula, kita mampu untuk membeli mixer sekalipun mungkin masih ramai yang belum mampu nak beli mixer KitchenAid (termasuk saya).
Kenapa saya kata `kita bertuah'? Sebabnya, zaman mak-mak kita muda dulu diorang tak pernah ada mixer pun. Zaman nenek dan moyang lagilah. Kalau pun ada jual mixer kat kedai, harganya mahal dan hanya mampu dibeli oleh golongan-golongan kaya saja seperti Nyonya Mansor.
Maka, pada setiap kali nak menyambut raya, jenuhlah Mak memukul telur, gula dan mentega menggunakan kudrat yang ada. Di plus2 dengan kederat adik-beradik yang lain yang sering kali dipaksa untuk membantu.
Sebenarnya, tetiba je saya nak tulis entry pasal mixer ni kerana saya terbelek gambar mixer zaman dulu-dulu yang saya `snap' masa saya pulang ke Sungai Petani beberapa bulan yang lalu. Mixer ini sungguh nostalgia rupanya.
Masa saya sibuk membelek-belek mixer tersebut, My Mom siap cakap yang kira `modenlah' mixer tersebut pada zaman tersebut berbanding pukul telur, gula dan mentega guna senduk. Betul juga kata My Mom nih. Mixer ni boleh pusing-pusing sebab ada pemusingnya. Wah, dah macam kayuh basikal pula.
Justeru, saya memang tabik spring dengan orang dulu-dulu kerana memang tabah untuk membaking kek, kuih atau bahulu. Bukan senang nak menghasilkan sebuah masterpiece. Maka, sayangilah ibu anda yang memang awesome kerana sanggup berpeluh-peluh dan lenguh lengan untuk menghasilkan sebiji kek di rumah. Tak macam zaman sekarang, saya banyak pembantu rumah untuk membuat step by step sebiji kek. Love My Mom very much!
Mixer KitchenAid yang menjadi pujaan hatiku |
No comments:
Post a Comment