Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Step by Step... Pulut Serunding



Terlebih dahulu saya nak beritahu yang saya nak kongsi resepi masak pulut je. Memang simple giler caranya. Tapi cara nak wat serunding tu tak dapatlah saya nak kongsi. Sebabnya serunding tu saya beli masa pergi ke Program Komuniti 1Malaysia di Muar hari tu.

Serunding ikan keluaran Haza Warisan Food ni memang sedap. Kalau saya jumpa lagi serunding ni, pasti saya akan beli. Serunding ni bukan sahaja sedap dimakan dengan pulut, makan dengan roti pun sedap tau. 


Oleh kerana saya nak menghabiskan beras pulut yang masih berbaki 3 cawan dalam kabinet dapur rumah, maka saya pun memulakan projek memasak pulut menggunakan periuk nasi. Kepada anda yang rajin menggunakan periuk kukus, silalah guna periuk kukus. Ini kerana, hasil kukusan pulut adalah terbaik dan lebih baik sekiranya dibandingkan dengan hasil menanak pulut di dalam periuk. 


Oleh kerana saya super malas dan suka sesuatu yang simple, maka saya enggan mengeluarkan periuk kukus saya, sebaliknya memasak pulut ini secara bertanak menggunakan rice cooker.


Bahan-bahan

3 cawan beras pulut
1/2 sk garam
200ml santan instant
air secukupnya seperti nak memasak nasi


Cara-cara

Bersihkan beras pulut. Rendam beras pulut selama kira-kira 3 jam.


Setelah 3 jam, bilas sekali lagi beras pulut. Sediakan air secukupnya seperti nak memasak nasi. Walau bagaimanapun, kurangkan sedikit air kerana kita nak masukkan 200ml santan. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati dengan sudu atau senduk.



Masak pulut seperti mana anda memasak nasi menggunakan rice cooker.


Setelah pulut masak. Gaul biar sebati. Sekiranya santan tidak sebati, selepas gaul biarkan kira-kira 15 minit dalam periuk nasi. Biarkan sahaja periuk nasi tu keep warm. Sekiranya pulut anda agak lembap, anda boleh tekan function cook lagi. Apabila ditambah masa menanak, pulut anda akan kering dan masak dengan sempurna.

Pulut dah masak, tapi santannya macam belum kering dan tak sebati

Biarkan dan masak lagi, dan hasilnya jadi sebati.

Bentuk-bentukkan pulut mengikut saiz, bentuk atau acuan yang anda suka. Jika takde idea, anda boleh buat bentuk bulat-bulat.


Susun dalam pinggan/piring hidangan.


Sudukan serunding ikan ke atas pulut. Tekan sedikit pulut. Jika suka, anda juga boleh golek-golekkan bebola pulut pada serunding. Tapi saya tak suka, jadi saya letak atas pulut jelah.


Dah siap untuk breakfast dan juga untuk bawa kat opis. Pulut saya ni biasa-biasa jelah rasanya. Tapi serunding ikan ni memang power :)

       

Wednesday, December 14, 2011

Step by Step.. Pulut Kuning & Rendang Ayam (versi cepat & mudah)



Pulut oh Pulut. Lamanya tak makan pulut kuning. Last makan pulut kuning rasanya masa bercuti di Kuching. Mak mertua buat special (atas permintaan saya).

Masa Hari Raya Aidiladha hari tu, My Mom kan buat ketupat palas. Sebab daun tak cukup, jadi ada lebih 5 cups beras pulut. My mom kata, daun palas kat KL ni tak sama macam kat Kedah. Daun tak berkualiti.

Sebab ada beras pulut lebih kat dapur, jadi rasa cam nak buat pulut kuning. Tapi 5 cawan beras pulut tu banyak, jadi kena buat separuh jelah. Kang membazir pulak. Kat umah ni ada 3 orang je tukang makan (termasuk saya). Tupun, kalau sorang tak makan (sebab merajuk atau tak sedap), dah tinggal 2 orang je untuk perabih makanan.



Oleh sebab-musabab yang demikian, saya buat 2 cups je la. Lebih tu nanti kita buat lain hari dan mungkin lain resepi.

Mari kita mula masak. Ini resepi mudah dan ekspress. Resepi pulut, saya adaptasi daripada resepi as75 di MyResipi. Terima kasih as75 kerana memang mudah resepi ni.




Step by Step... bermula di sini:


Bahan-bahan untuk pulut kuning (4-6 orang)

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas (santan pekat tu saya pakai yang dalam kotak, 200ml)
1 sk garam
1 helai daun pandan
1 sudu makan minyak masak
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

Cuci beras pulut hingga bersih.



Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik anda.






Tekan butang periuk nasi macam masak nasi biasa.



Setelah mendidih. Gaul pulut supaya tidak berkerak. Kemudian tutup semula periuk dan biarkan hingga masak.




sudah masak

Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam/daging, kurma dan sambal ikan bilis.

Sekarang kita buat rendang ayam pulak. Resepi ni mak saya ajar dan agak mudahlah juga. Saya ada ganti 2-3 bahan supaya jadi lebih mudah. Meskipun mudah tetapi rendang ini memang sedap. Tak caya, leh tanya Mr. Hubby hehehe...




Bahan-bahan (Rendang ayam)

400 gm ayam (dipotong, dibersihkan)




10 tangkai cili kering (dibuang biji, direndam air panas dan ditos)
3 batang serai
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 asam keping (yang kecik je)
1 cawan air
100ml santan (guna yang dalam kotak je, jadik 1/2 kotak)
1 paket kerisik
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

Kisar bahan-bahan berwarna merah.




Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan-bahan kisar sehingga masak dan berbau wangi.



Masukkan ayam, gaul seketika.





Masukkan santan dan air. Gaul lagi. Masukkan asam keping. Kacau sehingga ayam masak.






Masukkan kerisik, garam dan gula. Kacau sehingga kering sedikit.




Nota: Rendang ayam saya warna merah sangat sebab lada kering ni jenis yang merah tak hingat!

Dah siap. Mari makan rendang ayam dengan pulut kuning.