Wednesday, December 30, 2015

Masak Simple je.. Kacang Buncis, Udang & Telur

Assalamualaikum.. 



Hari ni saya nak share resepi sangat simple tapi sedap. Sesuai untuk orang malas dan tak berapa ada masa (macam saya). Disarankan, gunalah udang saiz besar untuk rasa yang lebih wow.

Bahan-bahan

5-6 ekor udang saiz besar
2 biji telur ayam (kacau dalam mangkuk)
2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
15 - 20 batang kacang buncis (potong pendek dan serong)
Garam dan serbuk perisa secukup rasa


Cara-cara 

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris sehingga berbau wangi. 



Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.



Masukkan kacang, kacau lagi. Goreng kacang tu ikut kadar yang disukai. Kalau suka makan lembik, goreng le lama sikit. 



Masukkan telur, kacau. Masukkan garam dan serbuk perisa. 



Senang kan?

Sekian. 

Friday, December 11, 2015

Balang Cinta (31 Nota Romantik + 31 Hari)

Assalamualaikum...




Novel ini manuskrip pertama saya yang diterbitkan. Terima kasih kepada Jemari Seni atas kesudian menerbitkan karya ini.

Kepada yang suka cerita bergenre romantic sweet, saya syorkan bacalah `Balang Cinta' ni. Kisahnya tentang Khyra yang impikan suami romantik. Malangnya, dia dipertemukan dengan Firas, engineer yang sangat kayu. FYI, engineer memang payah nak cari yang romantik. 

Hampir pula, Khyra tak nak kahwin dengan Firas. Tapi disebabkan tak nak merumitkan keluarga, Khyra teruskan juga. Almaklum, segala-galanya diatur oleh abang ipar dan kakak sepupu Khyra (Shamsul dan Ernieza).

Menyedari Firas memang langsung tak romantik, Shamsul dan Ernieza menghadiahkan `Balang Cinta' sebagai hadiah kahwin buat Firas dan Khyra. Dalam balang tu ada 31 Nota Romantik. Nota tu bukan nota saja-saja. Tapi, Firas dan Khyra kena selesaikan semua tugasan nota tu dalam masa 31 hari.

Tugasan tu kena buat berselang-seli. Kalau hari ni Firas, esok Khyra pula. Jadi, sepanjang 31 hari tu, macam-macam adegan romantic sweet yang berlaku. Yelah, Firas dah ler sengal. Khyra pulak expectation tinggi. 



Novel ni sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak lembutkan jiwa. Harus disimpan di rak buku setiap isi rumah terutamanya bagi pasangan suami isteri. Kalau gaduh tu memang sesuai pilih salah satu tip untuk pujuk pasangan masing-masing.

Kepada yang jiwa tak romantik tu, dua perkara mungkin akan berlaku pada anda setelah menghabiskan bacaan novel ini:

1. Tetiba je rasa macam romantik.
2. Hairan kenapa mesti jadi romantik

Kepada yang nak bertanya apa-apa, boleh hubungi saya di : weezemilia@gmail.com

Happy reading!


Sekian.

Saturday, September 19, 2015

Nasi Kabsah Kambing.. (guna Rempah Kabsah Chef Ammar)



Assalamualaikum...

Hari tu kan masa pergi Pasaraya Giant, mata saya tertarik dengan susunan botol-botol rempah. Yelah sebelum ni tak pernah nampak pun botol-botol rempah macam tu. Maka, saya pun mulalah membelek botol-botol rempah tersebut. Rupa-rupanya, inilah rempah Chef Ammar.



Kenal ke tak kenal?

Ok kalau tak kenal, saya kenalkan sedikit. Sapa-sapa yang rajin tengok Al-Hijrah, pasti kenal dengan Chef Ammar ni. Sebab ada program masakan Arab/Mediterranean yang bertajuk, "Masak dari Hati, Masak dengan Iman'.

Saya ada tertengok juga program ni. Tapi, bila dengar Chef Ammar ni sebut bahan-bahan yang digunakan, kepala saya jadi pening. Yelah, kat mana pulak saya nak cari bahan-bahan yang complicated dan berbunyi Arab tersebut. Maka selalunya, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja. Dalam hati pula, berangan-angan nak buat pelbagai resepi masakan Arab yang nampak awesome sungguh!

Justeru, apabila secara tidak sengaja bertemu dengan pelbagai botol rempah Chef Ammar, apa lagi yang perlu ditunggu?!

Selepas membelek-belek dan membulatkan hati (tak tahu nak pilih yang mana satu!), akhirnya sebotol rempah Kabsah Chef Ammar saya ambil dari rak. Bayar dan bawa balik. Jeng.. Jeng.. Jeng...



Bahan-bahan

500gm beras basmathi
700gm daging kambing
3 1/2 sb rempah kabsah Chef Ammar 
(rempah ni ada lebih banyak, boleh repeat banyak kali)
1/4 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2sb tomato paste
sedikit daun ketumbar
garam secukup rasa
2sb minyak sapi 
2 cwn air


Cara-cara

Masak nasi dalam periuk nasi (macam masak nasi biasa ler...)

Dadukan bawang besar dan bawang putih (saya kisar sebab tak suka bawang cincang hehehe). Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumis bawang sehingga naik bau. 



Masukkan rempah kabsah, gaul sebati sehingga naik bau.



Masukkan daging, kacau dua minit. Masukkan air, kacau sebati dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging masak (empuk). 




Masukkan tomato pes, kacau seketika. 




Masukkan garam secukup rasa (biar masin sedikit sbb nanti nak gaul dengan nasi) dan biarkan kuah menjadi pekat dan agak kering.

Dah nak kering

Just nice lerr ni


Nasi yang dah masak tadi, titik-titik sedikit pewarna kuning. Gaul sebati pula dengan minyak sapi.



Lepas tu masukkan nasi dalam periuk kambing. Letak daun ketumbar yang telah dihiris dan gaul sebati.



Dah siap


FYI, selain daripada rempah kabsah, Chef Ammar juga ada keluarkan rempah-rempah lain seperti Mandy, Bukhari, Briyani dan Bukhara. Ada juga pilihan rempah, yang dijual bersekali dengan beras basmathi. 

Nasi Kabsah Kambing :)


Selamat mencuba! Masak dari Hati... Masak dengan Iman... <3

Sekian.  

Thursday, August 27, 2015

Jus Epal Hijau yang sedap (diet ke?)

Assalamualaikum...



Bukan semua orang suka makan epal hijau kan? Yelah epal hijau rasanya masam tak macam epal merah yg manis dan gebu. 

Tapi, epal hijau memang banyak khasiat. Katanya juga, mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Jadi, saya nak berkongsi resepi Jus Epal Hijau yang sedap untuk sesiapa yang kurang suka rasa epal hijau yang masam ini. 


Bahan-bahan

Sebiji epal hijau
1 kotak kecil susu segar
1sk susu pekat manis
Sedikit kiub ais


Cara-cara

Potong epal hijau. Buangkan bijinya. Potong kepada beberapa bahagian. Masukkan ke dalam pengisar. 



Masukkan susu segar dan susu pekat manis.



Masukkan ais.



Kisar sehingga sebati dan hancur. 



Dah siap dan boleh dinikmati dengan segar dan berkrimnya...



Sekian.

Monday, August 3, 2015

Digital Philips Airfryer.. (Gadget yang best)

Assalamualaikum..

Dah lama saya mengidam nak beli sebuah airfryer. Namun, kadang-kadang tu ada rasa doubt. Bukannya apa, takut gadget ni akan diguna sekali-sekala sahaja. 




Tapikan, bila tengok Philips dah ada digital airfryer, perasaan menjadi membuak-buak untuk beli sebuah airfryer yang nampak hebat ni. Lebih-lebih pula bila alat ini dikatakan dapat menggoreng pelbagai makanan tanpa minyak. 

Ha?!

YA, TANPA MINYAK. 

Pergghh.. awesome kan? 

Maka, dipendekkan cerita, sebuah airfryer jenama Philips (Viva Collection HD9230) dibeli oleh saya. FYI, Philips patut bayar testimoni saya ni okeh... tq.

Reka bentuk airfryer ini memang mengagumkan. Lebih kurang sama besar dengan periuk nasi. Moden gitu. Apabila ianya digital, maka senang nak set time dan suhu. Lebih canggih daripada yang tak digital (sudah semestinya kan!).

Persoalan seterusnya, betul ke boleh goreng macam-macam? Tanpa minyak ke? 

Jawapan: Ya, goreng ajelah apa yang anda suka. Ya, tak perlu letak minyak, tapi kalau nak makanan tu moist sedikit, letak le sedikit minyak. Sikit je tau, renjis-renjis gitu. Jom kita tamatkan review ni dengan foto. Biarlah foto yang berbicara. 

Ikan tenggiri yang digaul dengan garam dan kunyit

Susun elok-elok

Hasilnya

Letak dalam pinggan

Intai isinya

Nugget

hotdog

Fries

Chicken Drummet


Daging burger

Puyuh

Puyuh berempah dah siap

Kalau tak pasti tentang suhu dan tempoh memasak, anda juga boleh rujuk pada buku resepi yang disertakan bersama-sama dengan airfryer ni.



Buat kek pun boleh...


Boleh kurangkan minyak bermaksud boleh kurangkan berat badan.

Sekian. 

Tuesday, July 14, 2015

The White Zone... (where my passion is...)

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak kongsi beberapa foto di White Zone. Lama juga, saya berfikir-fikir untuk berkongsi dengan semua pembaca dan pengikut blog saya. Bimbang niat disalahertikan. Niat sebenar untuk memberi idea kepada sesiapa jua yang berminat akan dekorasi ruang dapur. 

Dapur White Zone saya ni bukanlah hebat. Banyak lagi ruang-ruang dapur yang hebat dekorasinya. Saya sekadar berkongsi apa yang saya mampu miliki.  

Warna putih jadi pilihan. Manakala warna merah pula saya pilih untuk sebahagian peralatan. Merah dan putih, gabungan yang saya suka. Ruang putih, nampak bersih dan luas. Harap dapat jadi inspirasi kepada semua. 


The White Zone


peti sejuk, oven & microwave

sinki cuci tangan di hujung sudut

Boleh tarik dan tolak

Rempah-ratus (Western), Airfryer & Rice Cooker

Rempah-ratus (Melayu)


Dapur

Kabinet bawah dapur

Ruang sudu

Kabinet atas

Kabinet atas

kabinet makanan baby

Ruang baking

Drawer baking

ruang Tupperware

bawah sinki

cawan-cawan dan pinggan

Botol susu


rak pinggan

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...