Monday, August 3, 2015

Digital Philips Airfryer.. (Gadget yang best)

Assalamualaikum..

Dah lama saya mengidam nak beli sebuah airfryer. Namun, kadang-kadang tu ada rasa doubt. Bukannya apa, takut gadget ni akan diguna sekali-sekala sahaja. 




Tapikan, bila tengok Philips dah ada digital airfryer, perasaan menjadi membuak-buak untuk beli sebuah airfryer yang nampak hebat ni. Lebih-lebih pula bila alat ini dikatakan dapat menggoreng pelbagai makanan tanpa minyak. 

Ha?!

YA, TANPA MINYAK. 

Pergghh.. awesome kan? 

Maka, dipendekkan cerita, sebuah airfryer jenama Philips (Viva Collection HD9230) dibeli oleh saya. FYI, Philips patut bayar testimoni saya ni okeh... tq.

Reka bentuk airfryer ini memang mengagumkan. Lebih kurang sama besar dengan periuk nasi. Moden gitu. Apabila ianya digital, maka senang nak set time dan suhu. Lebih canggih daripada yang tak digital (sudah semestinya kan!).

Persoalan seterusnya, betul ke boleh goreng macam-macam? Tanpa minyak ke? 

Jawapan: Ya, goreng ajelah apa yang anda suka. Ya, tak perlu letak minyak, tapi kalau nak makanan tu moist sedikit, letak le sedikit minyak. Sikit je tau, renjis-renjis gitu. Jom kita tamatkan review ni dengan foto. Biarlah foto yang berbicara. 

Ikan tenggiri yang digaul dengan garam dan kunyit

Susun elok-elok

Hasilnya

Letak dalam pinggan

Intai isinya

Nugget

hotdog

Fries

Chicken Drummet


Daging burger

Puyuh

Puyuh berempah dah siap

Kalau tak pasti tentang suhu dan tempoh memasak, anda juga boleh rujuk pada buku resepi yang disertakan bersama-sama dengan airfryer ni.



Buat kek pun boleh...


Boleh kurangkan minyak bermaksud boleh kurangkan berat badan.

Sekian. 

15 comments:

iryantyismail said...

alatan dapur yang masih belum tercapai...huhu...

Juls Julie80 said...

assalam sis..

wahhh..

bestnyerrr

ni yg rasa nak terjebak jugak nih..

muakakaka

Nur_cahayamataku said...

sis, betul eh memang best? lama da saya dok usha philip air fryer. tapi belom terbeli lagi.

weezana said...

wassalam..

memang saya suka dgn airfryer ni.. bukan sahaja sangat jimat minyak (kalau guna deep fryer guna setengah botol minyak!). masak tak payah nak tunggu. tak meletup2 dan hampir xde asap dan bau.. best sangat!

Han Hanni said...

lepas baca blog ni, tersa nak mintak benda ni untuk hadiah hari jadi dengan suami nanti.. hahaha

weezana said...

Cik hani, apa salahnya.. Nanti masak untuk hubby juga:)

Unknown said...

cantik masaknya.. jemput baca pilihan terbaik

Yaati Nor said...

Menariknya airfryer ni..bekenan juga..hiihhi

weezana said...

Memang menarik Yaati Nor...

wa said...

Salam sis, bleh goreng jemput2 tak guna air frier? Tq

weezana said...

wassalam sis.. saya tak pernah cuba.

Nava said...

Cara kukus macam mana ya?

Unknown said...

Sya msa bli dulu di Go Shop harga 899.Skg dh murah.trruja sgt nk guna gorwnglah donat tudia kembang setaman donat samapi mata x npk dh.

weezana said...

Nava,

Saya tak pernah guna untuk kukus.

weezana said...

Dyg Ahdi,

Saya guna untuk goreng2. Kurangkan minyak hehehe...