Thursday, August 27, 2015

Jus Epal Hijau yang sedap (diet ke?)

Assalamualaikum...



Bukan semua orang suka makan epal hijau kan? Yelah epal hijau rasanya masam tak macam epal merah yg manis dan gebu. 

Tapi, epal hijau memang banyak khasiat. Katanya juga, mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Jadi, saya nak berkongsi resepi Jus Epal Hijau yang sedap untuk sesiapa yang kurang suka rasa epal hijau yang masam ini. 


Bahan-bahan

Sebiji epal hijau
1 kotak kecil susu segar
1sk susu pekat manis
Sedikit kiub ais


Cara-cara

Potong epal hijau. Buangkan bijinya. Potong kepada beberapa bahagian. Masukkan ke dalam pengisar. 



Masukkan susu segar dan susu pekat manis.



Masukkan ais.



Kisar sehingga sebati dan hancur. 



Dah siap dan boleh dinikmati dengan segar dan berkrimnya...



Sekian.

2 comments:

cik hani said...

kalau jus epal hijau saya mesti tambah susu mahupun tambah pemanis.sebab tak suka masam..haha

weezana said...

Betul tu cik hani.. nak bagi rasa manis:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...