Kalau sesuatu resepi itu memerlukan saya mengeluarkan periuk kukus, saya akan terasa sedikit berbelah bagi. Ini kerana, saya berasa bahawa kemungkinan saya akan gagal adalah besar peratusannya. Saya kurang terer kalau bab2 mengukus. Selalunya saya akan sedikit kecewa dengan hasil kukusan.
Dek kerana kelemahan ini, saya jarang-jarang mencuba resepi yang mengukus. Then, apabila melihat kengkawan yang pandai buat pau, saya mula rasa teringin nak buat pau. Tapi, adakah saya akan kecewa? Memandangkan saya perlu mengukus untuk menghasilkan pau yang gebu. Mungkin saya akan kecewa lagi....
Tapi, berbaloikah pula untuk terus tidak mencuba? Sedangkan pau adalah antara kuih yang saya suka. Kalau singgah di perhentian rehat pada sepanjang jalan ke Utara atau ke Selatan tanah air, saya akan ambil kesempatan untuk beli pau. Pau kari (ayam atau daging) selalunya akan menambat selera saya. Di pasar malam pun selalunya ada jual pau-pau yang lembut, gebu dan sedap intinya.
Dan saya perlukan sedikit motivasi. Kata-kata daripada Thomas Edison ini boleh dijadikan satu dorongan:
I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work. ~Thomas Edison
Yelah, kalau Edison cepat berputus asa, mungkin lampu di rumah kita tak berapa terang kerana tak ada teknologi lampu bermentol. Let's begin! Hurmmm, bukan buat mentol lampu ye, tapi buat kuih pau ;)
Resepi pau saya ambil dari Kak Fida di My Resepi.
Bahan-bahan (24 biji)
500 g tepung Hong Kong (3 3/4 cwn rata, 10 g=1sb rata)- ayak (Saya guna Tepung Pau)
50 g gula halus (3 1/2 sb rata)
250 ml air suam
2 sk yis segera
2 sk double acting baking powder
1 sk garam halus
40 g crisco / shortening (3 sb rata)
secukupnya apa-apa inti yang anda suka, saya guna kari daging, Kaya dan Nutella!
Cara-cara
Satukan air suam,gula,garam, yis,baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan shortening dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.
Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
Saya letak dlm Tupperware n tutup rapat2 |
Ambil sedikit adunan (kak Fida timbang setiap biji 40g dan dapat 24 biji) dan dibulat-bulatkankan hingga habis (saya bahagikan main agak-agak je).
doh naik selepas 30 minit |
Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula ikut kreativiti masing2. Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang. Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
leperkan |
Kari Daging |
Nutella |
Kaya |
Pau yang saya buat ini sangat lembut. Seperti yang dijual kat pasar malam. Hasya makan lebih kurang 10 biji (bukan dalam satu masa yang sama). Pau ni boleh simpan semalaman, tapi masih lembut dimakan. Kalau panaskan guna microwave, bertambah-tambah kelembutannya.
Boleh tahan cantiknya pau ini hehehe |
Hasya suka Pau Nutella |
Bestnya sebab berjaya buat pau. Saya sempat bertanya dengan Mr. Hubby, "ok ke kalau lain kali saya buat pau blueberry , cheery, kiwi dengan raspberry?" hehehehe...
No comments:
Post a Comment