Pertama kali apabila melihat resepi ini di dapur Umi e di Myresepi hati saya sudah terpaut. Rupa Lapis Roti Berdaging yang dibuat oleh Umi e seakan-akan lapisan Lasagna. Oleh kerana hati sudah terpaut, maka tak sabar-sabar pula rasanya untuk membuat sendiri resepi ini.
Memandangkan Lapis Roti Berdaging Umi e untuk 6 - 8 orang makan, saya pun mengurangkan kuantiti bahan-bahannya kepada untuk 3 - 4 orang. Ringkasnya, saya cuma guna separuh daripada bahan-bahan yang diperlukan.
Lapis Roti Berdaging ini memang sedap. Sesuai dimakan pada bila-bila masa. Memang mengenyangkan. Saya letak Mozarella Cheese pada toppingnya supaya Lapis Roti Berdaging saya ini nampak sungguh cheezy. Penyediaannya juga tidak rumit. Sesapa pun boleh masak resepi ini. `Malaysia Boleh' lah katakan...
Bahan-bahan
1 biji kentang di potong dadu
200gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan minyak untuk menumis
7 keping roti
250ml susu segar
1 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - saya pakai Mozarella
Sedikit margerin untuk melenser
Kisar bawang dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang, kentang dan garam. Goreng sehingga kentang masak.
Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/2 bahagian roti yang telah diramas.
Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
4 comments:
i always look forward for your new recipe coz of it's step by step - nampak senang heee & yummmmmyyyy .. tq sis
you're welcome. it's easy for me to repeat any recipe! Mengelak dari terlupa :)
OMG! teruja la tgk resipi ni. mcm senang..bestnye..terliurr betol
Nana, tak remeh sangat resepi ni. Memang sedap dan sungguh cheezy..
Post a Comment