Rasanya dah 2-3 hari juga tak update blog. Alasan yang tersangatlah cliché tentunya kerana saya terlalu sibuk sehinggakan tak ada masa nak menulis untuk Life is Colorful. Ini bukan bermakna saya tak ada bahan, tapi saya memang sibuk kerana terpaksa menaip pelbagai urusan kerja yang lain.
Kali ni saya nak berkongsi resepi Kepak Ayam Panggang Bermadu. FYI, saya memang mencari resepi kepak ayam panggang ala-ala yang dijual di pasar malam atau di tepi-tepi jalan. Mesti dekat-dekat rumah u all pun ada jual. Ala, yang kepaknya disusun banyak-banyak tu hehehe...
Resepi ini saya ambil dari Puan Anymz. Rasanya memang sedap. kalau ratah begitu sahaj pun sedap. Puan Anymz ada sertakan bahan-bahan buat sambal kicap untuk dicicah dengan ayam. Tapi saya tak buat sambalnya. Saya tetiba je jadi malas sedikit dan cuma sanggup panggang ayam je, sambal saya malas giler nak buat.
Bahan-bahan
4 keping kepak ayam (saya potong 2, jadi dapat bahagian kepak tengah dan drummet)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu teh kicap pekat
3 sudu besar madu
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit halia
Cara-cara
Tumbuk halus bawang putih dan halia.
Gaul semua bahan bersama dan diperap semalaman (dalam peti sejuk) atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Gaul semua bahan bersama dan diperap semalaman (dalam peti sejuk) atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Dan kalau rajin boleh buat sambal kicap (saya tak buat):
10 ulas cili padi
10 ulas cili padi
1 1/2 sudu besar gula
5 sudu besar kicap manis
perahan air limau nipis
Semua bahan dikisar bersama. Jangan masukkan air ya. Cukup cecair yang ada pada kicap dan perahan air limau nipis..
Dah siap bolehlah dihidang. Mesti puas hati punya!
No comments:
Post a Comment