Sunday, April 15, 2012

Mi Siput.. (Mi yang tidak lembut langsung!)

Sekiranya anda fikir semua mi itu lembut setelah dimasak, maka anda memang tersilap fakta. Mungkin juga anda akan mengatakan tidak, setelah mengambil kira Mi Mamee (snek) dan Mi2 snek yang lain.

Entry kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda, sekiranya ada yang tidak kenal dengan `Mi Siput'. Pastinya bagi rakan-rakan yang berasal dari Johor atau negeri-negeri di Selatan tanah air sudah familiar dengan Mi Siput.

Sekeping Mi Siput


Berdasarkan fakta dari Wikipedia, Mi siput ialah sejenis mi yang berbentuk sanggul. Mi ini  dikeringkan dan dihidang selepas digoreng. Mi Siput terkenal di Muar. Mi siput sedap dimakan secara dicecah dengan sambal tumis. Pasar Muar ialah antara lokasi yang terbaik bagi mendapatkan bekalan mi siput kering.

Hurmmm, kenapa tiba-tiba saya bercerita tentang Mi Siput? Adakah saya akan membuat Mi Siput from scratch? Jawapannya adalah tidak. Saya tidak tahu bagaimana hendak membuat Mi Siput from scratch. Sekiranya saya hendak makan Mi Siput, saya akan kirim My Bro yang berada di Muar untuk membeli Mi Siput yang belum bergoreng. Jadi, saya boleh goreng Mi Siput di rumah.

Sebenarnya juga, Mi Siput adalah antara snek yang saya suka makan. Mungkin kerana kerangupan dan kelazatannya yang tersendiri. Sebenarnya juga, kalau goreng sendiri feel nya kurang sedikit. Lagi syok kalau makan Mi Siput yang orang lain goreng. Kalau ke Muar, saya akan beli Mi Siput yang sudah digoreng yang dijual di tepi-tepi jalan.



Maka, entry ini diilhamkan kerana Jumaat lepas saya telah mendapat 2 bungkus Mi Siput berserta dengan sambal tumisnya sekali. Mi Siput ini diletak secara suprise oleh sepasang rakan sekerja saya. Sungguh suprise kerana saya tertanya-tanya `Siapakah gerangan yang meletakkan 2 bungkus Mi Siput di atas meja saya?' Lewat petang baru saya tahu siapa yang beri Mi Siput ini.

Terima kasihlah kepada Andi n Alia. Tak perlu saya bersusah-payah nak ke Muar untuk mencari sekeping Mi Siput....

Ini baru sebungkus, boleh makan ulang-ulang.. :)


 

No comments: