Mr. Hubby dan Hasya memang suka sangat makan sayuran kekacang. Jadi, kalau masak kacang panjang atau kacang buncis memang lah laku sangat di rumah ni. Diorang berdua boleh ratah sampai sayur kekacang tu habis.
Masalahnya, saya memang tak berapa suka nak makan sayur. Oleh kerana saya malas, maka saya terpaksa masak 2 dalam 1 iaitu masak masakan yang diorang suka dan juga saya suka. Maka, terhasillah gabungan sayuran kekacang masak dengan hati dan pedal. Kali ini saya akan kongsikan versi kari masakan sayuran kekacang bersama hati & pedal. Selain daripada kari, macam-macam lagi yang anda boleh cuba seperti goreng kicap, goreng paprik dan goreng kunyit. Semuanya memang sedap.
Versi kari ni dibuat sebab Mr. Hubby yang minta. Dia kata, dah lama tak makan sayur kacang masak kari. Saya guna kacang buncis ye. Jom lah masak.
Bahan-bahan
Secekak atau segenggam kacang buncis (lebih kurang 20 batang kalau guna kacang buncis dan 10 batang untuk kacang panjang)- potong pendek2 lebih kurang 2 - 3cm.
3 keping hati dan 3 keping pedal ayam (hiris kecil-kecil)
1/2 atau 2/3 paket serbuk kari ayam/daging saiz kecil
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1sk asam jawa paste atau 1sb air asam jawa.
Garam secukup rasa
Cara-cara
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan 2 sb minyak masak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga keperangan dan naik bau.
Bancuh serbuk kari dengan 1/2 cawan air. Masukkan serbuk bancuhan tersebut dalam kuali. Gaul sebati.
Setelah mendidih, masukkan pedal dahulu. Selepas gaul 5 minit, masuk hati pula. kacau sekali-sekala sehingga hati & pedal masak. Masukkan asam jawa.
Masukkan sayuran kekacang. Kacau sehingga sebati. Kalau suka makan rangup, goreng kejap je, tapi kalau suka lembik sikit, masak la lama sikit. Letak garam secukupnya. Biar masin sikit, baru uummpphh... Biar kering sikit, baru tutup api.
Kami makan lauk ini dengan telur dadar juga. Sungguh matching dan menawan hati.
Sekian.
Kami makan lauk ini dengan telur dadar juga. Sungguh matching dan menawan hati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment