Saturday, May 26, 2012

Step by Step... Kurma Daging




Bukannya susah pun nak masak Kurma Daging sebabnya anda boleh guna rempah Kurma yang banyak dijual di mana-mana pasaraya di Malaysia. Kepada sesapa yang tak pernah makan Daging atau Ayam masak Kurma (hish, ada ke?), janganlah pula masukkan buah kurma sewaktu memasak masakan ini. Nama masakan ini sahaja `Kurma' tapi takde sebiji pun buah kurma yang akan anda temui dalam kuahnya. 

Tetiba juga teringat pada masakan Kurma Ayam oleh Encik Azriman semasa di Fayetteville. Encik Azi memang terer masak Kurma. Dia tak guna perencah-perencah dalam peket nih. Sebaliknya dia guna rempah-ratus je. Encik Azi kata, "Itu senang je, cuma letak serbuk bla bla bla dan bla bla bla". 

Oleh kerana saya tak terer, maka saya akan tunjukkan cara masak Kurma Daging menggunakan rempah peket ADABI hehehe...

Bahan-bahan   

24gm Kurma Ayam & Daging ADABI (paket kecil) - bancuh dengan 1/3 cwn air
250gm daging (dihiris nipis dan kecil)
2 biji kentang (potong 8)
50ml santan pekat (saya guna yang dalam kotak)
3 sb minyak masak
1 biji bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
sedikit halia (kisar)
Garam secukup rasa
sebatang cili merah (hiris nipis)


Cara-cara

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga sedikit kering dan berbau wangi.



Masukkan bancuhan rempah kurma. Gaul sebati kira-kira 5 minit.



Masukkan daging. Gaul lagi 5 minit.



Masukkan kentang, lada dan santan. Gaul sekali-sekala sehingga kentang dan daging masak. Tambah garam secukup rasa.



Apabila kentang empuk, tutuplah api. Kurma daging telah siap untuk dihidang.



Takkanlah tak sedap, mesti sedap punya.


Makan dengan nasi, ikan pekasam dan telur goreng!


No comments: