Dah lama tak masak sambal tumis. Sebenarnya sekarang ni memang dah jarang-jarang masak nasi. Jadi, memanglah dah lama tak masak sambal tumis.
Semalam masa pergi pasar malam, hati tertarik untuk beli sotong. Saya dah mula terfikir nak masak sambal tumis sotong. Seperti yang saya cakap, memang dah lama giler tak makan sambal tumis sotong. Jadi saya mulalah mencandat beberapa ekor sotong yang saiznya sederhana besar.
Saya kalau beli sotong memang kalau boleh tak beli sotong yang kecik. Sebabnya, saya ni malas nak menyiang sotong. Kalau beli yang besar-besar, tak ler berlama-lama sangat nak menyiangnya. Udang pun samalah konsepnya. Meskipun begitu, mak saya ada pesan, "sotong kalau besar sangat, tak manis". Maka, saya takdelah beli sotong yang besar sangat, yang besar sikit-sikit je hehehehe....
Sedap tau makan nasi berlauk sambal tumis sotong. Kalau omputih tengok mesti takut dengan warna merah sambal nih. Andrew Zimmern pun mesti takut nak menyudu sambalnya hehehe.
Bahan-bahan
4 ekor sotong saiz sederhana yang dipotong kecil-kecil dan bulat-bulat.
12 tangkai cili kering (dipotong, cuci, rendam dan tos)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm belacan (kalau tak suka atau takut redung, tak payah letak)
air asam jawa daripada 1sk asam jawa
garam dan gula secukup rasa (gula saya letak 2sk sudu kecil sebab saya suka ada rasa manis)
Cara-cara
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.
Panaskan minyak dalam kuali (lebih kurang 2sb minyak masak) dan tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sehingga masak dan sedikit kering.
Masukkan air asam jawa dan biarkan lagi sehingga kering sedikit. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sotong, gaul sesekali. Biarkan sehingga sotong masak iaitu lebih kurang 10-15 minit.
Sotong selalu berair dan biarkan air sotong tu kering sedikit. Tapi jangan biar lama-lama, sotong anda boleh jadi keras dan liat untuk dikunyah.
Siap untuk makan tengah hari. Mood: Happy sebab dapat makan sambal tumis.
No comments:
Post a Comment