Monday, May 21, 2012

Ada Apa di Kota Kinabalu... Part III

Part II sila klik sini.

Pagi ini badan mula terasa sengal dan lenguh-lenguh akibat berdiri terlalu lama sepanjang perasmian Kompleks Bersepadu KPKK semalam. Oleh kerana penat yang teramat, kami tidak berjaya bangun awal pagi untuk ke pasar basah bagi memancing makanan laut. Walau bagaimanapun sekitar jam 8 pagi, saya dan Fiza turun ke pesisir pantai di belakang Pasar Filipina untuk melihat keadaan sekitar pada waktu pagi.

Pagi yang Indah dan Harmoni



Bot-bot nelayan telah pun sampai dan menurunkan muatan tangkapan. Tidak hairanlah kenapa makanan laut yang dijual di pasar ini sangat segar kualitinya.



Pasar di tepi laut

Kami juga mengambil kesempatan untuk mencari makanan sesuai untuk kudapan di waktu pagi yang indah ini.

Saya beli Goreng Pisang


Keledek Goreng

Apam Balik

Macam Pasar Malam kan? Dan, ada lagi....

Murtabak

Nasi

Kopok Lekor

Ubi Goreng

Jam 9 pagi kami bertolak ke lapangan terbang. Sebaik sampai, kami menuju ke tingkat 3 untuk mencari kedai yang menjual frozen seafood. Banyak sungguh pilihan yang menggoda.

Tingkat 3, KKIA

Ikan

Udang Harimau Aummmm...

Lobster/Udang Kara

Scallops

Setiap pembelian dibungkus dengan kemas untuk dibawa naik ke udara.


Maka jam 11.30 pagi, pesawat kami berlepas dari KK ke Kuala Lumpur menerusi pintu A8.



The end? Belum lagi la... Atas kapal terbang, kami memilih untuk makan Nasi Briyani Ayam. Boleh juga tahan sedapnya. Ada coklat Kitkat juga.


Nasi Briyani di atas udara
Akhir kata, the end.


1 comment:

nurulhaiza said...

menu atas kapal terbang yg sama masa nurul blk dr KK last year. HEHEHEHEHE~~~~