Thursday, May 10, 2012

Step by Step... Bun Pandan Berkismis (sangat lembut)



Apabila pulang dari opis hari ni, saya buka peti sejuk untuk mencari minuman yang boleh menghilangkan rasa dahaga. Lantas, mata saya terpandang baki `water roux' yang saya simpan dalam bekas. Tetiba je saya teringat yang saya ada terbaca di salah sebuah blog yang mana mengatakan water roux tak boleh simpan lama-lama dalam peti sejuk.

Maka, haruslah saya meroti malam ini juga bagi mengelakkan saya membuang lebihan water roux ini begitu sahaja. Nak buat roti keju macam 3 hari lepas tak bolehlah pula. Sebabnya, keju Mozzarella sudah saya habiskan tempoh hari. nampaknya saya kena buat roti perisa lain. Hmmm... apa kata kita buat roti pandan?

Gebukan?!

Ok juga kalau cuba buat roti pandan. Oleh kerana takut roti pandan ku ini tak menjadi, saya buat 1/2 adunan sahaja daripada resepi Cheezy Bread hari tu. Saya ubah2 sesedap rasa. Meskipun 1/2 adunan, ada bahan seperti telur, tak le pula saya guna separuh. Maka, adunan saya jadi macam lembik sikit. Tapi, seperti Aiman yang tak kisah, saya pun tak kisah. Hentam sahajalah.

Saya juga malas nak tunggu BM uli berjam2 doh roti ni. Oleh kerana Hasya merengek nak makan roti malam ni juga, maka saya stopkan BM setelah BM tu menguli selama sejam. Maksudnya saya tak tunggu sampai proses uli selesai (fungsi uli adalah 1 jam 30 minit). Ini mungkin juga faktor adunan kali ini lembik sedikit.

Seperkara lagi, saya tak letak `bread softener'. Rupa-rupanya, tak letak pun takpe. Water roux tu memang dah melembutkan roti pun.

Oleh kerana adunan saya lembik, tak dapatlah saya nak buat bentuk roti yang fancy. Saya tak berdaya nak bulatkan guna kedua tapak tangan pun. Yang saya boleh buat cuma ambil agak-agak saiz seketul bun yang bulat dan letakkan ke dalam loyang. Oleh kerana adunan ni melekit-lekit di tangan, saya tak dapat nak ambil gambar proses semasa pemindahan doh dari BM ke loyang.

Walau bagaimanapun, hasilnya tetap awesome. Roti tetap menjadi roti. Soft bun yang memang lembut dan menawan hati. Malah, soft bun pandan berkismis ini tidak ada bakinya untuk breakfast esok. Mr. Hubby dan Hasya dok berulang je makan bun ni. Almaklum bun panas, memanglah laku.

Bahan-bahan

190gm tepung high protein (tepung roti)
1 1/2 sudu besar susu tepung
40gm gula castor
1 1/2 sudu kecil yis segera
1 biji telur
50ml air
50gm water roux

30gm butter/marjerin
1sk pandan paste
1sb kismis


Cara-cara


Saya masukkan semua bahan (kecuali mentega dan kismis) dan biar BM uli dalam 5 minit. Kemudian saya masukkan mentega dan kismis. Saya biarkan BM uli doh selama 1 jam. 

Setelah sejam. Lembik je adunannya.

Setelah satu jam saya keluarkan doh. Adunan kali ini memang agak lembik. Saya tak boleh nak bentukkan doh pun. Mungkin lain kali saya perlu tambah tepung atau kurangkan air. Tapi tak perlu rasanya kecuali kalau saya nak buat roti bentuk fancy2. Oleh kerana saya tak boleh nak bentukkan doh, saya agak-agak je lah bentukkan bulat dan masuk ke dalam loyang yang telah disapu mentega.

main letak je agak-agak bentuk bulatnya

Saya dapat 6 doh bulat-bulat yang agak besar. Biarkan doh tersebut naik sekali ganda lagi iaitu lebih kurang 40 minit.

Naik sendiri dan membulatkan dirinya sendiri

Kemudian, saya panaskan oven 170 darjah dan bakar doh tadi selama 15 minit. saya tutup api dan keluarkan doh setelah bahagian permukaan doh berwarna sedikit coklat.

Masa mula-mula masuk oven

Setelah dibakar 15 minit. Naik lagi bun pandan ku ini.

Bun pandan berkismis ini naik dengan cantik dan lembut. Sungguh hijau menawan. Sungguh soft. Sungguh sedap. Sungguh awesome. 

Tengah panas

Pindahkan ke dalam pinggan. Cun giler!


Moral of the story: Lembik atau keras sesuatu doh tu, anda janganlah buang, hentam sahajalah kerana roti akan tetap menjadi roti.

2 comments:

ME said...

dulu i pun takut nak handle adunan lembik, kdg2 tambah tepung masa menguli, end up roti jadi sedikit keras bila sejuk, terbaca kat mana ntah, sapukan butter cair kat tgn & papan pencanai (kalau guna glass or marble top better), uli pelan2 insyaAllah lepas tu adunan akan jadi kenyal sikit, roti jadi lembut. mmg adunan lembik ni, rotinya sgt lembut.

weezana said...

dah 2-3 kali juga jumpa resepi yang adunan lembik. tapi yang seblum ni bila diuli-uli dengan tangan, kenyallah juga sedikit. yang ni memang lembik terus dan melekit-lekit di tangan. tawakal jelah masa pindahkan ke loyang. lain kali nak cuba letak butter cair kat tgn dan pencanai lah. thanks. Practise makes perfect kan..