Wednesday, May 30, 2012

Step by Step.. Nasi Goreng Sotong



Sekarang ni saya dah makin jarang-jarang pula membloging. Kadang-kadang tu niat dan hasrat memang ada, tapi masa akan membataskan segala-galanya. Kadang-kala pula, saya sungguh malas untuk mengambil gambar. Tanpa gambar, apalah ertinya sebuah blog.....

Hari ni saya akan berkongsi masakan yang simple tapi sodap iaitu Nasi Goreng Sotong. amat sesuai disajikan untuk penggemar-penggemar sotong. Sila gunakan sotong bersaiz besar kerana nasi goreng anda akan memberi kesan kemewahan berganda. Mari kita main masak-masak.

Bahan-bahan

2 ekor sotong saiz besar. Potong bulat-bulat.
2 1/2 cawan nasi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang cili merah
2 batang cili padi (kalau tak suka pedas, takyah letak)
1cm belacan
1 1/2sb kicap manis
sebiji telur
garam dan gula secukup rasa (ada rasa manis sikit baru best)
Boleh letak sayur kangkung atau sawi kalau suka

Cara-cara

Kisar bahan-bahan berwarna merah. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga kering sedikit.


Masukkan sotong dan kacau sehingga sotong masak. 


Masukkan nasi dan kicap. Kacau sebati.


Masukkan telur. Kalau rajin, sila kacau telur dalam mangkuk dulu, barulah dimasukkan dalam kuali. Masukkan sayur (kalau suka), garam dan gula secukup rasa. Kalau sebati hingga nasi agak kering.



Siap pun. Mari hidangkan dengan keropok. Rangup dan best.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...