Wednesday, May 16, 2012

Muffin Coklat Kasih (dgn Cadbury) untuk Hari Guru!



Nampaknya Muffin Coklat ini memang susah menambat hati saya. Apabila Hasya minta saya untuk buat `kek' sempena sambutan Hari Guru di Tadikanya, saya terus terfikir akan Muffin yang chocolatey ini. Dalam hati saya terdetik, `mesti budak-budak suka'.

Mr. Hubby pula, lagi-lagilah suka. Sebabnya, dia pun akan dapat menjamah seketul dua Muffin yang hebat ini. Seperkara lagi, Mr. Hubby akan dapat menjimatkan kos membeli juadah yang harus dibawa oleh Hasya ke tadika.

Hasya rajin nak menolong

Coklat diletak pada permukaan

Untuk menambahkan lagi faktor `WOW' di kalangan kanak-kanak, saya telah menambah sekeping coklat Cadbury pada permukaan Muffin. Selain daripada coklat berkenaan, saya turut menambah kepingan badam dan sedikit taburan serdak-serdak biskut Oreo. Hebatkan bunyinya. Hmmmmm... Rupanya pun hebat dan rasanya juga awesome. 

Setelah 15 minit dibakar

Dikeluarkan dari oven

Maaflah kerana saya tak sertakan step by step.. dalam entry ini. Anda boleh  klik sini untuk mendapat panduan step by step. Yang bezanya cuma step saya letak coklat Cadbury je. Dan kali ini saya kurangkan sedikit kuantiti dalam cup jadi saya dapat 21 biji cup cakes. Terima kasih Yani atas resepi ini.

Dalam bekas untuk Hasya bawa ke Tadika

Terima kasih untuk semua guru-guru saya. Cikgu sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, lecturer di USM dan lecturer di UofA. Selamat Hari Guru, anda semua telah menjadikan saya seorang insan pada hari ini. Thanks again. Love u all.



  

No comments: