Selepas menghasilkan Kek Mentega Moist yang memang awesome, saya makin teruja nak mencuba versi-versi Kek Butter tambah nilai yang seterusnya. Versi seterusnya yang anda tak akan menyesal membuatnya ialah Kek Mentega Choc Marble Moist.
Kaedahnya sama je macam resepi Kek Mentega Moist tu, cuma saya tambah 1 1/2 sudu besar serbuk koko pada separuh adunan untuk menghasilkan kesan marble.
Kaedah memarblekan kek ini juga saya buat suka hati saya. Asal saya rasa boleh selang-seli atau bertompok-tompok kerana saya percaya sesuatu seni itu akan terhasil dengan cantik dan unik sekiranya kek ini dibuat dengan perasaan gembira hehehe...
Saya percaya juga, kek ini saya dapat hasilkan dengan cantik dan menurut rakan-rakan yang berpeluang mencuba rasa, alhamdulillah kek ini memang moist dan lazat. Terima kasih sekali lagi pada bebop di Forum Cari yang sudi berkongsi resepi asal kek butter yang hebat ini.
Bahan-bahan
(A)
250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder
(B)
5 biji telur
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder
(B)
5 biji telur
1/2 sk esen vanila
Tambahan: 1 1/2 sb serbuk koko
Cara-cara
Gunakan loyang yang telah disapu mentega atau lapik dengan kertas baking. gunalah loyang apa sahaja yang anda suka, tapi jangan saiz yang besar sangat, cukuplah yang 8 atau 9 inci (untuk loyang bulat). Selang-selikan atau tompok-tompokkan adunan anda untuk menghasilkan marble pada kek.
Panaskan oven suhu 160 darjah. Bakar kek selama 50-60 minit atau sehingga bahagian atas kek sedkit perang (yang warna kuning tu ler, yang warna coklat memang dah terlebih perang). sila cucuk guna lidi kalau takut kek tak masak.
Sekian.
19 comments:
nk try la.. nampk sedap sgt..
kek ni, plain dan marble, dua2 saya suka sangat. cubalah!
kak kite da buat. jadi!!! sedap bapuk! tq share resepi siap ade gambar tu yang saya suke.
Effa, memang sedap kek ni. simple tapi sedap. terima kasih sebab sudi baca n cuba...
Terliuq menengoknyer. Sebab hari puasa ganti la katakana....haha... InsyaAllah ptg ni cari bahan.
cubalah. berbaloi sedapnya.
👍 terima kasih byk2 krn sudi share resepi yg mudah n marveles ni.
Alhamdulillah, dgn sedikit olahan dr resepi asal ni sy guna utk buat jualan kecil2 smbil bekerja.
Tqvm
Terima kasih juga sebab sudi singgah dan cuba.. semoga kita sama2 dimurahkan rezeki :) amin.
ni la yang sy try. sy guna marjerin planta.. betul tak? sy masih tak tahu jenis2 marjerin sme.. tp mcm kaler sy nya x cantik ker? mcm cantik n gebus lagi akk punye. sy manual je.. he. pakai whisk je
Inayah, terima kasih sudi cuba.. saya pun suka kek ni. rajinnya dia pakai whisk.
kalau guna mentega lagi gebu.. nanti cuba pakai mentega pula ye.
Mcm sdap je..nanti nk try jgakla.. :) jemput singgah blog saya ye.. www.vit4health.blogspot.com
sedap dan insyaallah mudah nak buat. terima kasih melawat, nanti saya buat lawatan balas.
Sy dah cuba banyak kali utk buat kek ni. Sampai raya pun saya buat kek ni juga. Semua kata sedap.
Unknown,
alhamdulillah...
Byk kali guna resepi ni...
Sedap sangat...
Alhamdulillah ��
Terima kasih sebab sudi cuba Umi :)
Boleh tanya..pakai butter jenama apa ye? kek nampak sgt moist dan creamy.
TQ
dyat, guna buttercup pun ok.
Post a Comment