Sunday, April 7, 2013

Kek Mentega Chocolate Marble Moist

Selepas menghasilkan Kek Mentega Moist yang memang awesome, saya makin teruja nak mencuba versi-versi Kek Butter tambah nilai yang seterusnya. Versi seterusnya yang anda tak akan menyesal membuatnya ialah Kek Mentega Choc Marble Moist. 





Kaedahnya sama je macam resepi Kek Mentega Moist tu, cuma saya tambah 1 1/2 sudu besar serbuk koko pada separuh adunan untuk menghasilkan kesan marble.

Kaedah memarblekan kek ini juga saya buat suka hati saya. Asal saya rasa boleh selang-seli atau bertompok-tompok kerana saya percaya sesuatu seni itu akan terhasil dengan cantik dan unik sekiranya kek ini dibuat dengan perasaan gembira hehehe...





Saya percaya juga, kek ini saya dapat hasilkan dengan cantik dan menurut rakan-rakan yang berpeluang mencuba rasa, alhamdulillah kek ini memang moist dan lazat. Terima kasih sekali lagi pada bebop di Forum Cari yang sudi berkongsi resepi asal kek butter yang hebat ini.


Bahan-bahan 

(A)

250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder

(B)

5 biji telur
1/2 sk esen vanila

Tambahan: 1 1/2 sb serbuk koko


Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Putar sehingga sebati.





Masukkan satu persatu telur dan esen. Putar sebati. 



Telur terakhir jangan putar lama sangat, cukuplah 3-4 minit je.





Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, masukkan serbuk koko pada salah satu adunan. Gaul sebati.





Gunakan loyang yang telah disapu mentega atau lapik dengan kertas baking. gunalah loyang apa sahaja yang anda suka, tapi jangan saiz yang besar sangat, cukuplah yang 8 atau 9 inci (untuk loyang bulat). Selang-selikan atau tompok-tompokkan adunan anda untuk menghasilkan marble pada kek.





Panaskan oven suhu 160 darjah. Bakar kek selama 50-60 minit atau sehingga bahagian atas kek sedkit perang (yang warna kuning tu ler, yang warna coklat memang dah terlebih perang). sila cucuk guna lidi kalau takut kek tak masak. 





Kek marble coklat saya dengan hasil seni yang mengagumkan hehehe...





Siap dipotong untuk bawa bekal.








Sekian.

19 comments:

Unknown said...

nk try la.. nampk sedap sgt..

weezana said...

kek ni, plain dan marble, dua2 saya suka sangat. cubalah!

Unknown said...

kak kite da buat. jadi!!! sedap bapuk! tq share resepi siap ade gambar tu yang saya suke.

weezana said...

Effa, memang sedap kek ni. simple tapi sedap. terima kasih sebab sudi baca n cuba...

Unknown said...

Terliuq menengoknyer. Sebab hari puasa ganti la katakana....haha... InsyaAllah ptg ni cari bahan.

weezana said...

cubalah. berbaloi sedapnya.

mama hani said...

👍 terima kasih byk2 krn sudi share resepi yg mudah n marveles ni.
Alhamdulillah, dgn sedikit olahan dr resepi asal ni sy guna utk buat jualan kecil2 smbil bekerja.
Tqvm

weezana said...

Terima kasih juga sebab sudi singgah dan cuba.. semoga kita sama2 dimurahkan rezeki :) amin.

Unknown said...

ni la yang sy try. sy guna marjerin planta.. betul tak? sy masih tak tahu jenis2 marjerin sme.. tp mcm kaler sy nya x cantik ker? mcm cantik n gebus lagi akk punye. sy manual je.. he. pakai whisk je

weezana said...

Inayah, terima kasih sudi cuba.. saya pun suka kek ni. rajinnya dia pakai whisk.

weezana said...

kalau guna mentega lagi gebu.. nanti cuba pakai mentega pula ye.

Unknown said...

Mcm sdap je..nanti nk try jgakla.. :) jemput singgah blog saya ye.. www.vit4health.blogspot.com

weezana said...

sedap dan insyaallah mudah nak buat. terima kasih melawat, nanti saya buat lawatan balas.

McNally said...

Sy dah cuba banyak kali utk buat kek ni. Sampai raya pun saya buat kek ni juga. Semua kata sedap.

weezana said...

Unknown,

alhamdulillah...

Unknown said...

Byk kali guna resepi ni...
Sedap sangat...
Alhamdulillah ��

weezana said...

Terima kasih sebab sudi cuba Umi :)

dyat said...

Boleh tanya..pakai butter jenama apa ye? kek nampak sgt moist dan creamy.
TQ

weezana said...

dyat, guna buttercup pun ok.