Thursday, February 16, 2012

Step by Step... Lemon Chicken (Chinese Style)

Minggu ini memang minggu sibuk. Kesibukan membuatkan rasa malas untuk memasak. Sebabnya, saya sangat penat. Bukan sahaja memasak, untuk menulis di blog inipun, saya terpaksa curi masa tidur saya. Dan, entry yang anda baca ini, saya tulis pada jam 5.30 pagi ;P



Hari ni saya nak berkongsi resepi Lemon Chicken (Mandarin Pinyin,  檸檬雞). Masakan ini amat popular di Restoran-restoran Cina di seluruh dunia contohnya di US, Australia, Kanada, France, Spain dan Italy. Lemon Chicken sarat dengan rasa lemon iaitu masam-masam dan manis-manis sikit. Oleh kerana, masakan ini adalah Chinese Style, maka ayamnya dipotong dadu dan digoreng dahulu dengan bancuhan tepung.

Untuk resepi ni, saya ambil dari blogchef.net. Kuah lemonnya ok, cuma saya lebih suka bancuhan/adunan tepung yang saya gunakan untuk resepi Sweet & Sour Chicken (klik sini untuk sweet&sour chicken). Tapi, ok juga kalau nak cuba rasa yang lain-lain. kalau sama je nanti cepat bosan pula. Untuk sweet&Sour, chicken batter nya guna tepung gandum + tepung jagung. Tapi, untuk resepi lemon chicken ni, cuma pakai tepung jagung.

Apa-apapun, ok je masakan ni untuk dimasak sesekali. Kalau asyik masak kari je, nanti sendiri rasa nak marah sebab dah bosan yang amat hehehehe...

Bahan-bahan

3 keping dada ayam yang dipotong dadu (lebih kurang 400gm)



Perapan
1 sudu makan kicap soya (guna kicap pekat atau kicap manis)
1/2 sk garam

Bancuhan tepung
2 biji telur
1/4 cawan tepung jagung (kalau cair sangat adunan, tambahlah dalam sesudu sudu makan lagi)
1/2 sk baking powder
secubit lada putih
dan minyak secukupnya untuk menggoreng

Sos lemon
1/3 cawan gula
1/2 kiub ayam dan bancuh dengan 1 cawan air (resepi asal pakai chicken broth)
1 1/2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan perahan jus lemon
3/4 sk garam
2 potongan nipis buah lemon
2 sudu makan minyak
sedikit pewarna kuning

 
Cara-cara

Perap potongan ayam dengan bahan-bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.



Bancuh bahan-bahan bancuhan tepung sehingga sebati. Panaskan minyak. Salutkan potongan ayam dengan bancuhan tepung. Goreng sehingga masak dan bertukar warna agak perang.





Sediakan sos. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar kecuali minyak dan potongan lemon. Gaul sebati.


Masukkan potongan lemon.




Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan sos tadi dalam kuali. kacau seketika sehingga agak pekat.



Tutup api. Tuangkan sos ke atas ayam. kalau tak suka ayam soggy, asingkanlah sos dengan ayam.




Makan time!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...