Friday, February 17, 2012

Step by Step.. Popiah Daging (Meat Spring Roll)



Selalunya popiah yang dijual di gerai-gerai, tidak dapat menepati citarasa saya. Ini kerana, saya mahukan popiah yang berintikan banyak daging dan bukannya banyak sayur. Popiah yang dijual lazimnya banyak taugeh atau sengkuang. Oleh itu, untuk menikmati popiah yang lebih banyak daging dan kurang sayur-sayuran, kenalah saya buat popiah sendiri.




Untuk popiah daging yang saya suka ni, saya guna kulit popiah (spring roll pastry) yang bersaiz kecil iaitu 5 X 5 inci. Sebabnya, senang nak makan dan dua kali gigit je untuk sekeping popiah. Kalau anda suka yang saiz besar, boleh beli kulit popiah yang besar sedikit.


Bahan-bahan - dapat 50 keping popiah saiz kecil

Kulit Popiah ( saya guna 5X5 inci 200gm) - ada 50 keping
300gm daging cincang
200gm mixed vegetables (yang ada jagung, carrot dan kacang peas)
2 ulas bawang merah dan seulas bawang putih (kisar)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Keluarkan kulit popiah dari peti sejuk. Biarkan pada suhu bilik untuk menyenangkan menggulung nanti.



Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga perang dan naik bau.



Masukkan daging. Biarkan sehingga daging masak dan kering.



Masukkan mixed vege dan kacau lagi sehingga kering dan sebati. Masukkan garam secukup rasa.



Sekiranya berminyak atau berair sangat, boleh sudu dan keluarkan minyak berlebihan tersebut.

Sediakan sedikit air dalam mangkuk. Ambil sekeping kulit popiah. Sapu sedikit air pada kulit popiah, air ini akan bertindak sebagai gam untuk melekatkan kulit popiah yang akan dilipat.



Dan lipat/gulung seperti gambar di bawah. Anda juga boleh melipat cara lain kalau anda terer dan berbakat.








Panaskan minyak . Lagi banyak minyak, lagi bagus. deep fryer lagi bagus. Goreng sehingga garing iaitu warna coklat perang.




Hidangkan dan cicah dengan sos cili. Krap.. Krup.. Bunyinya...





2 comments:

A.s.t.i.n.a said...

ok sambung keje.. abis dah liur aku baru 4 entry aku go thru.. haishhhhhh!

weezana said...

hahaha.. thanks for visiting!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...