Friday, February 10, 2012

Step by Step.... Kari Udang



Kalau anda terbeli (asyik `kalau terbeli' je kan...) udang yang bersaiz agak besar di pasar borong, pasar besar, pasar raya, pasar hiper, pasar tani, pasar malam atau apa-apa jenis pasar sekalipun, anda patut cuba untuk masak `kari udang'.

Ini kerana, udang yang bersaiz agak besar amat sesuai untuk dimasak kari kerana akan menghasilkan masakan yang mempunyai rasa yang manis, pedas dan berlemak. Walau bagaimanapun, sekiranya anda terbeli udang bersaiz kecil dan nak masak kari juga, tidaklah saya dapat menahan kehendak hati anda. Ini kerana, dapur anda adalah dapur anda dan periuk anda adalah periuk anda. Oleh kerana yang masak dan yang makan itu adalah anda, maka suka hati andalah nak masak dan nak taruk apa.



Apabila saya terbeli udang bersaiz L dan saiz-saiz lebih obes daripada itu, saya akan terfikir dua jenis masakan sahaja iaitu sambal tumis atau kari. Sambal tumis udang adalah favorite saya, manakala kari udang adalah favorite Mr. Hubby. Dan hari ni saya nak masak kari udang.


Bahan-bahan (2-3 orang makan)

6 - 8 ekor udang saiz besar (bersihkan)
sebungkus serbuk kari ikan/udang/makanan laut (saya pakai Babas) 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
setangkai daun kari (ambil daun sahaja)
1sk asam jawa (saya pakai yang paste segera)
1sk serbuk lada hitam (sila kurang atau tambah bergantung kepada kepedasan yang anda suka)
garam secukup rasa


Cara-cara

Kisar bawang merah dan bawang putih, kalau malas boleh cincang atau hiris bawang.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang sehingga berwarna perang dan naik bau. Masukkan daun kari. Kacau.



Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh secawan air. Kacau sehingga medidih.




Masukkan udang. Kacau lagi.



Masukkan asam jawa, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau sehingga masak.




Tutup api dan kari udang simple dan sedap telah siap. Hyvää ruokahalua!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...