Wednesday, February 8, 2012

Kegilaan Terhadap ... Pecan Butterscotch Cake

“If I was made of cake I'd eat myself before somebody else could."
Emma Donoghue




Hari tu kan, lepas-lepas naik cuti 3 bulan, kengkawan kat ofis tanya, "Akak dah rasa tak Pecan Butterscotch?" Tentunya jawapan saya, "Belum." Eh, kenapa tetiba diorang ni tanya ek? Mesti ada apa2 nih.

Rupa-rupanya masa saya bercuti tu, ada bos yang buat farewell party. Pada party tersebut telah dijamu Kek Pecan Butterscotch ni. Maka, Bos yang nak bersara tu tidak menjadi tajuk utama pada majlis tersebut. Yang jadi tajuk utama adalah si `Pecan Butterscotch'. Khabarnya tetamu yang datang, makan Pecan Butterscotch sampai bertambah-tambah.



FYI, Pecan Butterscotch Cake yang dimaksudkan oleh bebudak kat opis saya ni adalah salah satu kek yang dijual di Secret Recipe. Restoran Secret Recipe ni memang jenama tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1996. Selain daripada kek, banyak lagi masakan-masakan lain yang sedap2 ada dijual di restoran ni.


Pilihan kek

Kalau nak buat perbandingan kek, soalan lazim yang selalu orang tanya adalah, "sedap macam kek secret recipe tak?" Begitulah standard kek yang dah berjaya Secret Recipe capai. Tahniah kepada Datuk Steven Sim. Jenama ini juga telah mencapai pelbagai pengiktirafan tempatan dan global.   



Oleh kerana termakan dengan cerita-ceriti bebudak opis tentang kehebatan seslice `Pecan Butterscotch', saya pun tak dapatlah nak menahan diri untuk mencuba kek ini. Kebetulan pula, Secret Recipe memang berada di mana-mana saya berada kecuali ketika saya berada di rumah atau di pejabat. Lain-lain tempat, ada sahaja kelibat Secret Recipe nih.


Keanggunan Kek Pecan Butterscotch

Maka, pada suatu petang yang ceria, saya pun berkunjung ke salah sebuah Restoran Secret Recipe untuk mendapatkan kek Pecan Butterscotch ni. Saya tidak makan di situ sebaliknya membawa pulang seslice kek tersebut.





Rupa kek ini sangat cantik. Sangat menggiurkan. Sangat menggoda. Sangat anggun. Sangat comel. Sangat indah. Rasanya sangat sedap. sangat berkrim. Sangat wangi. Sangat sejuk. Sangat lazat. Sangat yummy.



Akibatnya, saya terpaksa beli lagi dan lagi.. Kegilaan itu sudah bermula...


“Cake is happiness! If you know the way of the cake, you know the way of happiness! If you have a cake in front of you, you should not look any further for joy!” - C. JoyBell C.-

4 comments:

nurulhaiza said...

kakak....

kalau nurul bg resepi, minta akk tlg buat...agak2 akk nak buat tak?? heheheehehehheee....

weezana said...

boleh ke? cam susah je wat kek ni.. huhuhu...

Miss Butterfly said...

same! tapi skrg dah takde pecan butterscotch.. sekarang dah ade white chocolate. rasenye lebih kurang jugak tapi still takleh lawan ngn kek pecan butterscotch tu. huhu

weezana said...

betul2x. skrg ni kena tukar dgn macadamia white choc. terpaksa suka yg tu pula la hehehe.. tapi kalau makan banyak sangat, ada rasa muak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...