Wednesday, February 8, 2012

Step by Step.. Lala Rebus



Kalau anda terbeli lala, kepah atau kerang tapi tak tau nak masak apa, rebus jelah sesiput yang anda beli tu.

Untuk merebus sesiput ini sungguhlah mudah.  

Bahan-bahan

800gm Lala
3 liter air
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang cili merah
1 inci halia
1 batang serai
Garam secukup rasa


Cara-cara

Bersihkan lala. Toskan. Ketepikan.



Hiris semua bahan dan titik serai.



Panaskan air dalam periuk dan tumis bahan-bahan hirisan dan serai.



Setelah mendidih, masukkan lala. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan (kacau sesekali) sehingga lala masak. Kalau kerang, tunggu sampai kulitnya terbuka, untuk lala saya agak-agak je. Sila letak serbuk perisa aka ajinomoto aka `cukup rasa Maggi' jika lala rebus anda kurang ummphh..




Sekian, masakan rebus, campak-campak. Khas untuk orang yang malas, takde masa atau yang terbeli sesiput.




Nota: Untuk resepi Air Asam yang best, sila klik sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...