Friday, February 3, 2012

Step by Step.. Ikan Bakar dengan Cicah Air Asam



Kalau nak makan ikan bakar yang sedap, sudah tentu kita akan cari restoran makanan laut. Walau bagamanapun, hari ini saya nak buat ikan bakar sendiri. Oleh kerana saya tak ada peralatan membakar ikan yang guna arang tu, maka saya nak bakar ikan guna oven.

Guna oven? Hmmm... Boleh ke? Jawapannya, mestilah boleh! Iye ke boleh? Jom lah tengok boleh ke tidak!


Bahan-bahan

1 ekor ikan - saya guna ikan siakap
1 sk pati asam jawa
1 batang serai- diketuk

3 cili merah
3 cili kering
3 cili api
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
garam secukup rasa 



Cara-cara

Bersihkan ikan.


Kisar semua bahan berwarna merah. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tersebut sehingga wangi dan pecah minyak. 


Masukkan serai (yang diketuk), garam dan air asam jawa. Biarkan seketika. Tutup api.


Letakkan ikan atas daun pisang. Bawah daun pisang sila alas aluminium foil. Tapi, saya takde daun pisang jadi saya terus alas guna aluminum foil. Sendukkan sambal yang ditumis tadi dan lumurkan pada keseluruhan ikan. Tuang atas ikan sehingga habis sambal. 




Panaskan oven. Bakar ikan pada suhu tinggi (200 - max)  selama 25-30 minit. 



Nota: Tempoh membakar bergantung kepada saiz ikan dan suhu oven.

Ikan bakar amat sesuai dihidangkan dengan cicah air asam. 



Resepinya adalah:

1 sk pati asam jawa
1cm/sedikit belacan
secubit garam
6 ulas cili padi (hiris)
1 ulas bawang merah (hiris)

Cara-cara

Letak asam jawa dan belacan dalam mangkuk kecil. Tuang air panas ke dalam mangkuk tersebut. Masukkan garam, cili padi dan bawang. Biar seketika untuk membolehkan bahan-bahan ini meresap.

Sedap je, ikan bakar oven ni :)





6 comments:

Zulhelmi Abdul Wahab said...

Makan tak jemput ke? :-)

weezana said...

3 tahun lepas pun:)

Unknown said...

Thanks senang nk msk...Alhamdulillah...-_-

weezana said...

sama2 :)

aimi amirah said...

Letak aluminium foil terus ye dlm oven tu? Perlu tak pnskn oven sebelum bakar? Api atas dan bawah atau atas shj? Terima kasih :)

weezana said...

Aimi, nak letak atas loyangpun boleh. oven kena panaskan dulu. Api atas dan bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...