Dah nak dekat seminggu, hubby cakap nak makan Kung Pao Chicken. Nak tak nak kenalah membuat eksplorasi resepi lagi, memandangkan resepi ini belum pernah saya cuba sebelum ini.
Kali ini saya memilih Cik Wan Taipei sebagai sifu untuk memasak masakan yang berasal dari Wilayah Sichuan ini. FYI, Kung Pao Chicken ini bukan sahaja popular di negara China tetapi juga popular yang amat di United States dan Canada. Itu yang hubby belajar sebut, "Nak makan Kung Pao Chicken," huiiiiiii.... (keluh dalam hati je hehehe)...
Nama asal masakan ini adalah Gong Bao Chicken. Apabila masakan ini menjadi popular di negara-negara Barat, namanya pun bertukar jadi Kung Pao. Bahan-bahan yang wajib ada adalah kepingan ayam dan gajus.
Projek nak masak Kung Pao ini tergendala kerana rumah kami tak ada stok kacang gajus. Kalau nak ganti ayam kepada daging atau udang pun boleh, tapi gajus tu tak boleh diganti ngan kacang lain.
Mari kita mulakan Step by Step... Ayam Kung Pao...
Bahan-bahan (saya buat 2 adunan)
Bahan perap |
Perapkan bersama 15minit:-
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
Sekeping dada ayam dipotong kecil
Ayam yang siap digoreng |
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.
Bahan Sos |
1/4 cawan air pati ayam (saya pakai satu 1/2 kiub pati ayam maggi)
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos bawang putih (saya ganti kepada sos cili Thai, boleh juga guna sos biasa & kisar 2 ulas bawang putih)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudukecil tepung jagung.
Bahan Tumis:
gajus yang telah dipanggang dan cili kering |
Minyak bijan |
Bahan Tumis:- 1 sudu besar minyak bijan + 1 sudu besar minyak biasa/ 8 biji cili kering/ 2 biji bawang putih*/ Halia muda sebesar ibu jari* dihiris/ 1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
Cara:- Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan, panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.
Harap-harap Mr. Hubby suka dengan Kung Pao Chicken ni.. :)
No comments:
Post a Comment