Actually, masa mula-mula dulu dengar tentang kek Tiramisu ni, saya ingat kek ni berasal dari Jepun. Apabila merajinkan diri melihat asal-usul kek yang istimewa dengan rasa cheese dan coffee ini, barulah saya tahu betapa silapnya saya selama ini.
Menurut Puan wikipedia, kek `Tiramisu' berasal dari Italy. Perkataan Tiramisù bermaksud `pick me up'. Seperti mana maksudnya, kek ini sememangnya akan membuatkan anda ingin `pick the cake up' untuk dijamah sehingga habis, mouthwatering sungguh kek ini.
Bahan utama yang perlu anda ada adalah biskut `ladyfingers' dan anda boleh mendapatkan biskut ini di kedai-kedai yang menjual bahan kek.
Rasa kek ini manis-manis keju, sejuk macam aiskrim dan rasa kopi. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
- 1 bungkus biskut tiramisu (pakai dalam 24 keping untuk 2 layer, bergantung kepada saiz loyang)
- 250g cream cheese
- 250g whipping cream
- 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
- satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
- serbuk koko utk hiasan
Cara membuatnya:
A. Pukul cream cheese, whipping cream dan gula sehingga kembang.
B. Celup satu demi satu biskut dalam air bancuhan nescafe (sikit saje, jgn sampai soggy) dan kemudian susunkan dalam loyang/bekas untuk lapisan pertama.
C. Letak adunan cheese tadi atas biskut dan ratakan.
D. Ulang perkara B dan C untuk lapisan kedua. Sekiranya lebih dari 2 lapisan, ulang sahajalah langkah tersebut.
E. Bahagian atas sekali adalah adunan cheese, boleh taburkan serbuk koko di lapisan paling atas.
F. Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam (barulah sedap dimakan).
Kek yang lembut ini boleh juga dibuat dalam cawan atau apa-apa bekas. Kalau letak dalam cawan yang kecik-kecik, senang untuk disudukan dan dimakan.
3 comments:
yeaaayy!!!! sok leh try!
nanti post ye!
Ada masa free nanti nak cuba buatlah.
Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah
Post a Comment