Hari ini kita buat resepi kek yang tak payah bakar dalam oven. Tapi bukan no-baked cheesecake, kena buat kek lain sebab krim keju baru habis semalam.
Kek hari ni adalah kek yang ramai orang tahu buat iaitu Kek Batik. Tapi, saya nak berkongsi juga resepi Step by Step.. nya kat sini. Tujuannya, untuk rujukan diri sendiri dan juga rujukan pembaca-pembaca yang belum pernah mencuba buat kek batik. Kek ini sesuai dibuat oleh sesapa yang takde oven dan periuk kukus kerana kaedahnya penyediaannya yang tak payah bakar atau kukus.
Saya takde lah minat sangat dengan kek batik ni. Sebabnya, kek ni manis sangat. Desserts manis-manis sangat ni, memang tak boleh dimakan dengan banyak dan berulang-ulang. Contoh lain adalah si kiut-miut Macaroons. Tu la sebabnya, saya malas nak wat macaroons untuk kali kedua. Tunggu ada permintaan atau paksaan, baru ada mood nak membaking Cik Macaroons.
Resepi kek batik ni, saya ambil dari Hana Kanazawa yang mengolah kembali kek ini daripada resepi wendyy@table2more. Kek yang Hana buat memang cantik strukturnya, tak macam kek batik saya yang comot sana-sini. Mungkin sebab saya tak sepenuh hati sukakan kek ni kot hehehehe..
Walau bagaimanapun, Mr. Hubby selalunya suka kek yang saya tak berapa suka. Kek Batik ni salah satunya lah pulak. Berulang-ulang dia makan kek batik ni. Harap-harap Mr. Hubby belikanlah saya batik sutera yang lawa-lawa kalau outstation ke Pantai Timur memandangkan saya dah buat kek batik yang sedap nih :D
Bahan-bahan (ambil dari Hana)
Biskut Marie yang saya pakai |
200g milo
397g susu pekat
5 biji telur
1sk esen vanilla
150g butter
2 sudu besar serbuk koko
1sk nescaffe - optional
2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist) - saya letak 1 sudu
Cara-cara
Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar.
Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
Saya letak badam dan gajus sedikit semasa melapis |
Lapisan yang terakhir saya susun kepingan badam dan tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
Keluarkan dan potong. Hidangkan.
Siap dah Kek Lapis Batik. Selamat menjamu selera!
No comments:
Post a Comment