Wednesday, November 16, 2011

Step by Step... Roti Arab cicah Rendang


Dah lama dah dok belek-belek resepi Roti Arab ni. Tapi kalau melibatkan `yis', saya ada rasa gerun sikit nak buat. Setakat ni baru berjaya buat pau sambal je. Maklumlah, kalau tengok bloger2 masakan yang terer buat roti, dorang semua ada breadmaker.

Kebetulan pula, Puan Faizah (kawan lama, setaman dulu) post pasal Roti Arab cicah Sardin kat Facebook dia. Perrghhh nampak kembang je Rori Arab dia. Tidak berlengah-lengah, saya pun tanyalah kat dia: "Senang tak buat Rori Arab ni? Uli lama tak?"

Dia jawab, senang dan dia buat dua adunan (sekilo tepung tu...).

Kebetulan yang kedua pulak sebab my Mom masak rendang daging. Inilah yang dinamakan `Orang ngantuk disorongkan bantal'. Untuk tidak mensia-siakan rendang daging tersebut, hari ini kita main pondok2 aka masak2 dengan `yis' untuk menghasilkan `Roti Arab cicah Rendang'. Bunyi cam gempak je kan? Saya ambil resepi Roti Arab ni daripada Sofinar di MyResepi. Terima kasih kepada Sofinar kerana sudi berkongsi. Jom kita lihat Step by Step.....


Bahan-bahan (saya cuma guna separuh daripada adunan di bawah untuk menghasilkan 9 biji Roti)

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum

 

Cara-cara  

1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam.


2. Tepung digaul dengan yis.
3. Campur semua bahan dan uli sehingga kental.
4. Perap selama satu jam dalam beg plastik tertutup atau bekas tertutup.


5. Selepas sejam, uli semula dan buat bulat-bulat sebanyak 18 biji (saya punya 9 sbb separuh adunan)

6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm.


7. Panaskan minyak, dan goreng sebiji-sebiji. Tunggu sehingga roti kembung dahulu, baru diterbalikkan.


8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging (resepi kari daging click sini) (saya makan ngan rendang daging). Tambah-tambah pula kalau pekena dengan teh O panas `Boh Earl Grey with Tangarine'...

Roti Arab, Rendang Daging & Teh Boh Earl Grey with Tangarine

Aroma teh yang harum, menaikkan selera untuk makan Roti Arab dengan banyaknya.

Hasya tak sabar nak makan

Rupa-rupanya saya patut buat satu adunan sebab Mr. Hubby cakap, "tak cukup" hikhikhik... Mana taknya, Hasya pun boleh makan sampai 3 keping. Lain kali saya buat lagi ye.. Kita cicah pakai kari daging pulak (resepi kari daging click sini).

No comments: