Wednesday, November 2, 2011

Kek Lapis M&M





Hati saya terpaut apabila melihat resipi Kek Lapis M&M di blog Dapur Tanpa Sempadan oleh Mat Gebu. Memandangkan coklat M&M merupakan salah satu coklat yang saya suka, jadi apa salahnya cuba buat kek inikan?

Kek ini sedap dan menarik hati Hasya (anak saya) kerana diperkaya dengan warna-warni M&M. Selain daripada M&M, kekuatan kek ini juga terletak pada badam cincang yang ranggup apabila dikunyah.

Mari kita lihat bahan-bahan dan cara membuat kek yang cantik ini. FYI, saya ubah sedikit cara membuat kek ini berbanding daripada resipi asal.

Bahan-bahan:

8 biji telur gred A

200 gram tepung Hong Kong

200 gram gula halus

1 camca besar ovallate

16 oz mentega

1/2 camca teh esen vanilla

4 camca besar susu pekat manis

3 bungkus coklat M & M (asingkan ikut warna)- saya pakai sebungkus saiz sederhana

Badam cincang secukupnya, dibakar hingga wangi

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan susu pekat manis, telur sebiji demi sebiji, esen vanilla dan ovalette. Masukkan tepung dan pukul lagi sehingga sebati.

Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan sedikit mentega.

Letakkan 4 camca besar adunan dan ratakan. Bakar guna api atas bawah. Untuk lapisan kedua, tabur badam cincang dan susun coklat M & M. Bakar guna api atas sahaja. Resipi asal, letak badam dan coklat secara berselang, tapi saya buat pada setiap lapisan. Sebabnya, kek saya cuma ada 7 lapis kerana saya malas nak melapis. Buat sehingga siap dan untuk lapisan terakhir, guna api atas bawah.

Kek dah siap, kalau dimakan panas lagi sedap sebab coklat dia melt dan rasa dia lebih moist.

4 comments:

nurulhaiza said...

nurul ada byk resipi kek lapis yg bahan mudah tp nak melapis tu nurul M.A.L.A.S. hehehehehe~~~

weezana said...

betul tu nurul. tu yg akak lapis sikit je.. malas nak tunggu...

nurulhaiza said...

at least akk buat jugak. nurul tk buat langsung.

weezana said...

ala, akak pun buat lapis dia seminimum yang boleh.. hehehe... takpe, rajin2 nanti wat ler kan? kalau siap, berbaloi2... :)