Monday, November 21, 2011

Step by Step... Butter Cheesecake



Niat di hati nak buat butter cake, tapi tetiba kena ubah niat pula. Sebabnya, sebuku cream cheese dalam refrigerator tu dah nak tamat tempoh luputnya. Tapi, teringat-ingat pula aroma butter yang wangi kalau bakar kek butter. Ish, tak leh jadi ni, apa kata kita buat Butter Cheesecake jelah hehehe...



Bahan-bahannya:

200 gm mentega
200 gm cream cheese
250 gm gula castor
5 biji telur
240 gm  tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak kedua-dua)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati.







2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.




3. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.




5. Masukkan kek ke dalam loyang yang telah dilenserkan. Panaskan oven 170 darjah dan bakar kek lebih kurang 55-60 minit atau sehingga masak.




Memang wangi kek ni. Bau butter sungguh harum sepanjang tempoh kek dibakar. Rasanyapun, gebu-gebu dan lembut. Juga rasa butter yang wangi bila dikunyah. Kek ini sesuai dimakan pada suhu bilik dan akan keras sedikit kalau disimpan dalam peti sejuk. Kek ini simple dan sekejap je proses penyediaannya. Saya juga tak tambah topping sebab kek ni dah cukup wangi dan sedap rasa butter dan krim kejunya.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...