Selain daripada memasak, membaca, menonton filem dan hobi-hobi saya yang lain, saya juga menyokong penuh aktiviti-aktiviti Menghijaukan Alam Sekitar. Pada pendapat saya, kita semua harus bertanggungjawab untuk memastikan Alam Sekitar kita terpelihara dan selamat untuk didiami oleh generasi-generasi akan datang.
Justeru, untuk salah satu pilihan kelas graduate, saya mengambil kelas Environmental Communication. Hari ini saya nak berkongsi tentang 'Kesedaran kita terhadap keseimbangan alam sekitar'.
Pertamanya, menerusi kelas ini saya realized yang `Environmental Awareness' sememangnya telah berkembang dan meluas di negara-negara Dunia Pertama (Negara Maju). Sebaliknya, kita sebagai penduduk di Negara Dunia Ketiga masih di tahap yang amat rendah dan dalam erti kata lain: Ramai yang tak ambil pedulipun.
Contohnya, apabila menempah bilik hotel, tanya pada diri anda: Adakah anda peduli sama ada hotel yang anda pilih tersebut melaksanakan aktiviti-aktiviti `hijau'?
Soalan di atas saya kemukakan kerana penduduk-penduduk di Negara Maju mengambil berat akan perkara-perkara yang kita rasakan remeh-temeh. Antaranya:
1. Memilih hotel-hotel yang melaksanakan projek `hijau'. (contoh: Tidak mencuci tuala sekiranya tuala tidak diletakkan di atas lantai untuk mengurangkan penggunaan air dan bahan kimia).
2. Memilih produk-produk yang bertanda `hijau' (go green) ketika membeli-belah. (contoh: Mentol lampu yang menggunakan teknologi jimat elektrik).
3. Memilih syarikat-syarikat yang mengamalkan `go green' untuk mendapatkan servis. (contoh: Syarikat Servis Penghawa Dingin yang menggunakan bahan-bahan pencuci yang selamat kepada alam sekitar).
4. Membawa beg membeli-belah sendiri untuk membeli-belah di pasaraya. Terdapat juga grocery store yang tidak menawarkan beg plastik kepada pelanggan seperti Aldi.
5. Memasang solar panel di rumah masing-masing bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
6. Mengurangkan suhu penghawa dingin juga bagi penjimatan elektrik di pejabat dan rumah.
Kesedaran untuk menyokong `go green' ini telah wujud sekian lama dalam diri saya. Walau bagaimanapun, selepas berkursus di Tokyo selama 3 bulan, saya mula rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menghijaukan bumi. Negara Matahari Terbit ini amat terkenal dengan `environmental awareness' nya. Tidak hairanlah jika protokol bagi PBB untuk menentang perubahan cuaca dunia (fighting against climate change) dinamakan Kyoto Protocol. Jepun meninggalkan kenangan-kenangan yang tak boleh dilupakan oleh saya seperti berikut:
1. Kena asingkan sampah dalam tong-tong yang disediakan untuk plastik, kertas dan kaca.
2. Tidak membuang sampah di merata-rata tempat sekalipun hanya bungkusan kecil gula-gula.
3. Sewaktu minum Coke di McDonalds, kena buang paper cup ke tong sampah `kertas' dan straw serta penutup paper cup (plastic lid) di tong sampah `plastic'.
4. Melihat banyak produk yang dihasilkan menggunakan teknik `Recycle' termasuk T-shirt.
Pusat proses makanan recycle |
5. Shooting dokumentari tentang `Food Recycling'. Orang Jepun ni, makanan pun recycle tapi bukan untuk dimakan oleh manusia tetapi untuk dibuat baja organik.
Solar Cooker sedang menggoreng telur |
6. Join kempen dan sama-sama gunakan `solar cooker' semasa shooting dokumentari `Cooking with the Sun'.
7. Melawat ke Incinerator untuk melihat bagaimana orang Jepun melupuskan sampah-sarap. Di sini juga, saya dapat melihat bagaimana pekerja-pekerja di Pusat Sampah sibuk mengasingkan sampah mengikut kategori.
Sudah terlalu jauh negara-negara maju meninggalkan kita dalam mencapai kesedaran penduduk terhadap alam sekitar. Kenapa kita tak mampu membuat apa yang mereka telah lama lakukan? Adakah kerana kita tidak disedarkan? salah siapa? Pemimpin? Media? Masyarakat? Diri sendiri? Tepuk dada, tanyalah diri anda sendiri....
No comments:
Post a Comment