Kebanyakan kek akan menggunakan banyak telur kuning. Justeru, sering kali saya mempunyai lebihan putih telur yang tidak digunakan. Nak buang, terasa sungguh sayang. Jadi, jari-jemari mulalah menggogle untuk mencari idea bagaimana nak memanfaatkan lebihan telur putih.
Maka, saya terjumpalah `Kek Kukus Marble Strawberry' oleh Along Roz. Oleh kerana komen-komen yang diberikan agak positif dan juga faktor bahan-bahannya ada stok di rumah, maka projek mengukus kek pun bermula. FYI, ini adalah kek kukus saya yang pertama.
Kek ini mempunyai aroma yang wangi hasil daripada penggunaan strawberry emulco. Kek ini juga sedap dan gebu apabila dikunyah. Rasa kek ini seperti kita memakan apam, mungkin kerana teknik pengukusan yang digunakan. Sesuai dimakan dengan kopi atau teh panas dan amat sesuai untuk penggemar-penggemar apam yang wangi dan gebu.
Bahan-bahan ( 6-7" inci bulat )
150ml Telur Putih
1/4 ts Krim Tartar
100g Gula Kastor
1/2 ts Esen Vanilla
125g Tepung Superfine
1/2 tsp Ovalet
50g Minyak Masak
1-2 sb Strawberi Emulco
Cara-caraPukul putih telur & krim tartar sehingga kembang & pekat.
Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul. Masukkan tepung & ovalet pukul lagi sehingga kembang. Masukkan minyak & pukul sebati.
Bahagi dua & campur strawberi emulco satu bahagian. Tuang ke dlm bekas berminyak, berselang-seli warna.
Kukus selama 40 minit.
No comments:
Post a Comment