Thursday, November 10, 2011

"Mama, saya nak Powerpuff Girl."

Saya ingin berkongsi 2 cerita menarik mengenai pengaruh iklan dan jenama ke atas kanak-kanak.

Semasa di semester satu (graduate school), kami sekelas diminta berdebat tajuk-tajuk yang berkaitan dengan media. Cerita pertama ini, pernah saya gunakan sebagai bahan pembukaan debat.  Saya membarisi kumpulan pembangkang yang bersandar kepada premis: "Iklan membawa pengaruh negatif kepada kanak-kanak."

Ceritanya begini:


Isabel, berusia 5 tahun. Satu hari sebaik sahaja pulang dari tadika dia berkata kepada ibunya, "Mama, saya nak Powerpuff Girl."

Ibu Isabel, amat terkejut dengan permintaan anaknya. Setahu si ibu, Isabel tidak pernah menonton mana-mana episod kartun Powerpuff Girl di televisyen. Maka, hati si ibu tergerak untuk bertanya:

"Apa itu Powerpuff Girl?"
"Nama mereka Blossom, Bubbles dan Buttercup," jawab Isabel.
"Bagaimana kamu tahu tentang mereka?" soal si ibu lagi.
"Kawan-kawan yang cakap. Kami bermain Powerpuff Girls semasa waktu rehat."
"Apa yang Powerpuff Girls lakukan?"
"Mereka selamatkan orang dan pelbagai perkara," jawab Isabel dengan yakin.

Pada hujung minggu tersebut, si ibu dan Isabel keluar membeli-belah. Sebaik sahaja nampak patung Powerpuff Girls dalam salah sebuah kedai, Isabel terus meminta si ibu untuk membeli patung tersebut. Dengan rasa berat hati, si ibu terpaksa membeli patung tersebut untuk Isabel. Ibu Isabel merupakan salah seorang mangsa 'nag factor' (faktor meminta-minta) yang disasarkan oleh pengiklan-pengiklan ke atas kanak-kanak.

(Strasburger, Wilson & Jordan, 2009)

Cerita 2 pula begini:




Joshua baru berusia 5 tahun. Bapanya, Prof. Wilson, seorang yang sangat prihatin dan amatlah tradisional dalam membesarkan anak. Sebagai seorang profesor yang berkecimpung dalam bidang media, Prof. Wilson tidak sesekali membenarkan mana-mana peralatan media berada dalam rumahnya.

Sejak dilahirkan, Joshua tidak didedahkan kepada TV, Radio atau Internet. Prof. Wilson tidak mahu Joshua dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif daripada mana-mana media.

Satu hari, Joshua pulang dari tadika dan berkata kepada bapanya:

Joshua: Ayah, bolehkah belikan saya patung Power Rangers sebagai hadiah Krismas?

Prof. Wilson: (dengan nada terkejut) Mana kamu belajar tentang Power Rangers?

Joshua: Oh, Peter dan James yang beritahu. Mereka kata, kartun ni popular.

Prof. Wilson: Apa yang kamu tahu tentang kartun ini?

Joshua: Ada Black, Red, Blue, Yellow dan Pink Ranger. Saya selalu jadi Black Ranger. Peter adalah Red Ranger dan James pula Blue Ranger. Ayah, saya mahu patung Black Ranger.

Prof. Wilson: Baiklah kalau begitu. Bila kita ke Mall nanti, kamu tunjukkan patung yang kamu mahu.

Hujung minggu itu, Prof. Wilson membawa Joshua ke sebuah kedai barangan mainan yang terbesar di bandar tersebut. Setelah memasuki kedai, mereka melihat-lihat barang-barang permainan dari satu rak ke satu rak. Apabila melewati rak barangan Power Rangers, Joshua tidak menolehpun ke arah barangan tersebut sebaliknya terus berjalan ke rak yang bersebelahan.

Pada saat itu Prof. Wilson tahu sesuatu, "Rupa-rupanya Joshua cuma tahu nama Power Rangers tetapi tidak tahu rupa karektor tersebut!" bisik hatinya terkejut dengan situasi ini.

(sumber cerita daripada Prof. Warren)

Para pembaca sekalian, kedua-dua cerita di atas membuktikan:
1. Pengaruh iklan amat kuat dalam kalangan kanak-kanak.
2. Sekalipun rumah tidak ada TV atau Internet, kawan-kawan (yang sedia terpengaruh) akan mempengaruhi rakan sebaya yang lain.
3. Nagging factor akan menyebabkan ibu bapa terpaksa membeli sesuatu untuk anak-anak.
4. Kesedaran jenama (sekalipun tak tahu rupa) memang dah ditanam pada anak-anak kecil lagi oleh para pengiklan dan manufacturer.




Itu jugalah sebabnya, saya dan hubby terpaksa belikan Hasya beg, purse, jigsaw puzzle, toys dan pencil case Spongebob seluar petak, walaupun hakikatnya pasukan saya menang dalam memperjuangkan debat "Ads: More harm than good".

What to do mehhhh, nagging factor... :P

1 comment:

Dijah ZaLy said...

hihihiii terigt pula zaman waktu kanak2 riang dulu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...