Tuesday, November 15, 2011

Kek Keju Blueberry


Dalam peti sejuk ada stok bluberry, apa kata kita buat Kek Keju Blueberry. Tentu sedap dimakan sebagai dessert.


Kebanyakan resepi `Blueberry Cheesecake' menggunakan cream cheese yang banyak iaitu lebih daripada 250gm. Ada yang pakai 750gm (Ya ampun tak boleh blah daripada segi kos dan kalori). Itu belum kira lagi kerugian yang amat sekiranya kek tak jadi. Oleh itu, saya cuba elakkan daripada mencuba resepi-resipi yang guna banyak cream cheese. Satu hal lagi, kalau guna banyak telur. Saya ada jumpa resipi kek yang pakai 36 biji telur! Perrghhh, sekiranya nak buat kek 36 biji telur tu, akan berlakulah dialog seperti di bawah:

Saya: Boleh tak belikan telur ayam lagi? Stok tak cukuplah.
Mr. Hubby: Boleh. Balik kerja nanti saya singgah beli.
Saya: Beli lebih daripada sepapan telur tau.
Mr. Hubby: Yelah, yang 30 biji tu kan?
Saya: Hmmm.. Itu baru satu papan. Beli lebih lagi. Takpun yang 30 biji, pastu tambah yang 10 biji satu bekas.
Mr. Hubby: Haisshhh banyaknya, nak buat bahulu ke?
Saya: Tak la, nak buat `Kek membazir telur ayam' yang guna 36 biji telur.

Oleh kerana itu, saya belum mahu mencuba buat kek tersebut. Hari ini kita buat kek yang mampu dibuat oleh orang kebanyakkan seperti saya hehehe... Resepi kek yang dijamin lazat (sebab saya dah makan) dan akan menyebabkan anda rasa anda telah berjaya membuat kek setaraf kek secret recipe.

Siapa yang dapat makan first slice ni?

Resepi Kek Keju Blueberry ini saya ambil daripada Chef Hanieliza. Terima kasih bebanyak ye Chef sebab pas ni saya memang tak akan beli mana-mana blueberry cheesecake kat kedai sebab kek yang saya buat ni memang sedap sangat. Betul tak Mr. Hubby?

Bahan-bahannya:

Bahan A -Base Biskut 120 gm biskut chipsmore (saya pakai wafer sbb itu je yg ada stok kat rumah)
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.



Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping:
Filling blueberry.


Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebu.
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan fresh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah masak biarkan didalam oven selama beberapa jam.


 
Sebelum diletak topping

12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

Kek yang telah diletak topping


Sudah dipotong untuk dingap...

No comments: