Tuesday, November 22, 2011

Step by Step... Ayam Masak Kicap



Kekadang tu tekak memang rasa nak makan masakan yang simple. Time-time cam ni, gulai2 bersantan memanglah tak menang di tekak dan di hati.

Antara masakan simple yang sedap dimakan ialah Ayam Masak Kicap. Resepi saya ini mudah sebab semua bahan main potong-potong je, takyah guna pengisar atau batu tumbuk. Sesuai dimasak ketika rasa malas yang berleluasa.

Mari kita lihat Step by Step... Ayam Masak Kicap..

Bahan-bahan:

setengah ekor ayam (saiz kecil)
sebiji kentang dihiris nipis
1 sk serbuk lada hitam
kicap manis dan kicap masin secukupnya



serbuk kunyit dan garam secukupnya (untuk goreng ayam & kentang)

untuk dihiris halus:
bawang besar (2 biji)
bawang putih (2 ulas)
cili merah (2 biji)
halia (2.5 cm)




Cara Penyediaan

1. Gaul ayam dan kentang dengan serbuk kunyit dan garam.




2. Goreng ayam dan kemudiannya goreng kentang sehingga masak dan berwarna kekuning-kuningan. Angkat dan toskan.





3. Tumis bahan-bahan yang dihiris halus sehingga naik bau. Kemudian, masukkan kicap manis dan kicap cair (kuantiti mengikut cita rasa anda). Masukkan sedikit serbuk lada hitam.




4. Masukkan ayam dan biarkan atas api selama 5 minit. Masukkan kentang. Kacau hingga sebati.



5. Boleh diangkat dan siap untuk dihidang.

Drumstick tu saya punya!

 Makan malam sudah ready!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...