First time ni nak cuba buat Roti Jala atau nama orang putihnya Net Bread (direct translation ni!).
Seperti mana namanya, roti ini takdelah rupa macam roti-roti gebu yang dipamkan kegebuannya oleh encik-encik mauripan sebaliknya Net Bread adalah sejenis roti yang seksi dan kelihatan seperti jala ikan.
Oleh kerana acuan saya ada sedikit masalah pembentungan (tersumbat sikit) jadi jala-jala yang dihasilkan kurang cantik. Tapi setelah dilipat segi tiga, difahamkan juri-juri chef tidak berjaya menemui kecacatan roti jala yang saya buat hehehe. Hakikatnya, roti jala saya memang terlebih seksi jalanya. Nescaya kalau menjala ikan dilaut, ikan tersebut akan dapat melepaskan diri kerana jalaku ini koyak-rabak dan compang-camping.
Walau bagaimanapun, seperti yang diduga, rasanya tetap curlasttt.. Mana taknya, sekali lagi laman sesawang Myresepi memang sangat bermanfaat. Kali ini resepi daripada lynn diguna oleh saya. Terima kasih Lynn, resepi anda tidak ada cacat-celanya, cuma acuan saya nih yang tak berapa nak elok.
Maka Step by Step.. Roti Jala bermula di sini...
Bahan-bahan
450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala
Cara menyediakan
Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
Anda boleh dapatkan resepi kari daging di sini.
Oleh kerana, roti saya kurang cantik, saya sediakan video youtube yang mana anda boleh merujuk cara-cara membuat pusingan jala di atas kuali. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment