Asyik buat kek cheese je, kekadang tu terasa pulak nak makan kek yang tak pakai cream cheese. Tambah-tambah pula, bila stok cream cheese dah tinggal sebuku je...
Jadi, bermulalah eksplorasi mencari resepi kek yang tak pakai krim keju. Belek punya belek, jumpa dengan resepi Kek Oren Zuriana di blog azlita masam-masam manis. Blog ini cantik dan ada banyak resepi yang sedap dan cantik. Orangnyapun cantik manis. Nama kek ni diberi oleh tuan rumah sempena ilham resepi dari Zuriana.
Kek ini berbau wangi (bau oren) dan saya buat marble macam Azlita buat. Tak nak derhaka sebab takut tak jadi. Kek ni sedap dimakan panas atau pada suhu bilik. Kalau disimpan dalam peti sejuk, kek ni akan jadi keras sedikit. Jadi, kalau nak makan tu keluarkan terlebih dahulu dari peti sejuk. Kecuali kalau nak cicah kopi, sebab ok je rasanya walaupun keras sikit.
Kek yang saya buat, tak sempat bermalam dalam peti sejuk, sebab dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Agaknya, semua orang dah boring makan cheesecake kot.. dan mula craving kek-kek biasa hehehe...
Saya ambil resepi dari Dapur Azlita seperti berikut:
KEK OREN ZURIANA
2 cwn selfrising flour
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1 sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - saya guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - saya tak letak
Pukul marjerin ngan gula higga kembang.
Kemudian masukkan telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkan pula tepung dan kacau rata.
Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco.
Loyang di sapu minyak dan bakar 170 darjah selama 30min atau sehingga masak.
Sekiranya hendak marble, bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian letakkan parutan kulit oren, oren sunquick dan sedikit pewarna oren (saya tak letak, itu sebab kek saya tak cukup oren kalernya). Untuk bahagian yg satu lagi, letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia.
Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar jadi sesuai kalau pakai loyang 8".
baru keluar dari oven |
Saya tambah syrup coklat Hershey dan kepingan badam sebagai topping kek ni. Hasilnya seperti di bawah.
Kek Azlita lagi cantik. Anyway, terima kasih atas resepi yang wangi dan sedap ini!
No comments:
Post a Comment