Friday, November 4, 2011

Kek Lapis Surabaya




Kek ni dah buat bulan lepas lagi tapi time tu bz dan tak sempat nak post. Memandang skrg ni tengah bercuti 3 bulan, jadi hari ini saya perkenalkan 'Kek Lapis Surabaya'.

Tak tau la kenapa nama dia 'Kek Lapis Surabaya'. Mungkin resipi asal dari Surabaya kot. Tapi, saya ambil resipi ni dari Blog  kak wan.

 

Untuk Lapis Vanila

10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula castor
70 gm tepung Hong Kong
30 gm susu tepung
200 gm mentega cair
2 sudu kecil ovellete
2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh cream of tartar

Sediakan 2 buah loyang bersaiz 8X8 inc.
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.Panaskan oven 170C.
Pukul putih telur dan cream of tartar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan.

Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan. Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.

Bahagikan adunan vanila kepada 2 bahagian.Tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan berukuran 8X8 inc Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Ini bahagian yang Vanilla


Untuk Lapis Coklat

5 biji kuning telur
3 biji putih telur
80 gm gula castor
25 gm tepung Hong Kong
15 gm serbuk koko
10 gm susu tepung
100 gm mentega cair
1/2 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh ovellete
1/8 sudu teh cream of tartar

Sediakan sebuah loyang bersaiz 8X8 in. Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. Panaskan oven 170C.

Pukul putih telur dan cream of tartar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan. Satukan kuning telur, coklat emulco, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu dan serbuk koko, sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.

Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang berukuran 8X8 inc. Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Ini Lapis Coklat

Untuk Melapis, boleh guna jem atau filing. Saya guna blueberry filing. Letakkan sekeping kek vanila. Sapukan jam atau filling di atasnya. Lapiskan pula dengan lapisan kek coklat dan sapukan juga dengan jam atau filling tadi. Akhiri dengan selapis lagi lapisan kek vanila. Potong tepi dan kemaskan kek.


Di bawah gambar kek yang saya dah potong kecik2 dan bawa bekal ke opis.


Kek ini tak ler susah sangat nak buat, tapi pakai telur memang banyak. Jadi, semasa buat tu, asyik berdoa je supaya kek ni menjadi. Sebabnya, kalau tak menjadi, mau rasa rugi telur sangat2. Maunya tak banyak, pakai 15 biji telur nih hehehe. Tapi, hasilnya boleh tahan daripada segi rasa dan kuantiti. Selamat mencuba!
 
Kek dah siap dilapis dan dipotong tepi

No comments: