Bila tengok ramai blogger masakan buat Oreo Cheesecake, hati kejuku ini meronta-ronta nak makan kek yang sama. Lupakan soal kegemukan, obesiti atau kempen kurangkan kalori kerana kek keju oreo ini akan menyebabkan hati anda berbunga-bunga `keju' sewaktu menikmatinya.
Seperti biasa, saya memilih salah seorang blogger masakan untuk dijadikan sifu bagi memulakan projek membuat kek keju Oreo ini. Buat kali kedua, saya mengambil contoh daripada resipi kak wan . Bezanya, kak wan buat kek cheese mini tapi saya buat seketul kek cheese saiz loyang 8 inci.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 200gm biskut oreo - di buang krimnya (saya guna 1 1/2 bungkus biskut Oreo)
- 50gm mentega cair
- 750 gm keju krim (saya guna 500gm krim keju)
- 130 gm gula kaster (saya kurangkan jadi 110gm )
- 1/2 tbsp esen vanila
- 3 biji telur (saya guna 2 biji telur)
- 200ml whipping krim (saya letak 150ml)
- 1 tbsp. lemon juice
- 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya
- Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
- Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
- Masukkan biskut oreo, gaul rata.
- Tuangkan kesemuanya ke atas dasar biskut tadi.
- Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
- Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Boleh hias atas kek mengikut kreativiti. Saya cuma pipingkan coklat masakan yang ditambah sedikit whipping cream.
Kek dalam Peti Sejuk |
kek yang telah dipotong |
cebisan yang telah digigit. Nampak tak ada biskut oreo dalam kek tu? |
No comments:
Post a Comment