My Mom suka sangat makan puding. Dia kata, puding sesuai dimakan oleh orang tua sebab lembut dan tak perlu nak kunyah sangat. Kalau buat puding, cepat laku sungguh. Bukan sahaja My Mom, Mr. Hubby & Hasya pun jadi tukang perabis jugak.
Puding roti dah buat, puding karamel pun sudah. Jadi, hari ni kita buat puding buah pulak. Dari dapur life is colorful yang berwarna-warni, saya persembahkan.. Puding Susu Buah-buahan yang cantik dilihat dan sedap dimakan!
Puding lazat ini diadaptasikan daripada ilham junjs11 di MyResepi. Nampaknya, banyak resepi2 hebat di laman sesawang MyResepi yang boleh dicuba. Seperti mana yang junjs11 cakap, puding ni senang untuk dibuat, sedap dimakan dan sesuai dibawa ke open house sebab kecantikannya.
FYI, dah banyak kali saya buat puding ni, cuma kali ini baru bersungguh-sungguh untuk buat sesi photo shoot.
Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
- 1 paket serbuk agar2 (11gm)
- 2 biji telur
- 4 cawan air
- 1/2 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 2-3 sudu besar tepung kastad
- 1 tin fruit cocktail (ambil buah sahaja)
Cara-cara
- masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
- pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
- bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal (ambil buah sahaja).
- masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.
Boleh juga dibuat dalam cawan-cawan kecil untuk memudahkan menikmati puding yang lazat ini. Saya juga tambah susu cair sebelum makan puding yang cantik ini. Baru syok, rasa lemak manis dan berkrim.
Nota: Kalau sayang nak buang air fruit cocktail tu, boleh je gunakan. Sukat dalam sukatan cawan dan jangan lupa kurangkan 2 bahan asal iaitu air serta gula.
Nota: Kalau sayang nak buang air fruit cocktail tu, boleh je gunakan. Sukat dalam sukatan cawan dan jangan lupa kurangkan 2 bahan asal iaitu air serta gula.
Rugi kalau tak cuba buat dan cuba makan resepi ni.
7 comments:
Boleh tanya kah.. jika ikut bahan bahan di atas .maba satu size loyang yg digunakan ? Tq
adunan ni akan dapat banyak. tuang sahaja dalam mana2 loyang yg sesuai. bentuk puding based on bentuk loyang. kalau masih berbaki adunannya, masukkan dalam cawan atau apa2 bekas. harap jawapan membantu.
Sukanya dtg blog ni. Mata rambang tgk resepi yg semuanya nk buat
Tgk org buat mmg semuanya sedap...tq weezana
Http://nikmathidupsihat.blogspot.com
Aniey Yusof, terima kasih juga kerana sudi melawat dan baca blog ni:)
Assalamualaikum sy nk tny kalau slps masuk campuran telur dan tepung kastad tu kena didih atau simmer je sbb tkut kalau didih jadi macam agar2 lumut/santan pulak hehe
Cantiknya puding awak☺
Wassalam..
Emi, saya memang didihkan.. dan memang macam x smooth tapi bila dah keras nanti macam cantik je hasilnya :)
Thank you!
Post a Comment